Trak pikap buat mangsa banjir marah

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebahagian besar group chat Whatsapp dari kelab 4X4 menerima satu mesej tular mnegenai rintihan mangsa banjir di Pantai Timur yang geram dengan trak-trak pikap yang melawat kawasan banjir di tempatnya.

Menurut mesej itu, trak pikap yang dipandu laju di dalam banjir mengakibatkan gelombang air kuat masuk ke dalam rumahnya.

Sebenarnya, rintihan beliau memang benar. Team Careta yang memang terlibat dengan projek CSR banjir sejak sekian lama memahami masalah ini. 

Kebanyak pasukan penyelamat memang sudah arif akan masalah yang wujud dan akan mencari jalan untuk mengelakkannya dari berlaku. Namun begitu, kita juga ada pembantu-pembantu penyelamat dari luar dan tak kurang juga, "pelancong bencana" atau disaster tourist yang datang kerana mahu "melawat" kawasan. 

 

banjir1

 

Di bawah ialah antara nota-nota yang kami dapat ringkaskan. Ia berbeza dari meredah air sungai semasa trip 4X4 kerana kawasan banjir selalunya melibatkan pemanduan di atas jalan bertar.


1. Untuk misi menyelamat banjir, cari pemandu yang memang sudah biasa memandu trak pikap. Nampak mudah, trak pikap mempunyai sifatnya tersendiri dan bukan semua faham cara meredah air. Sudah banyak kali Careta lihat trak pikap (transmisi manual) tersadai di dalam banjir kerana pemandu yang kurang berpengalaman.

2. Ketahui paras kedalaman meredah maksimum (maximum water wadding depth) trak pikap anda. Ramai tidak tahu, Land Rover Defender standard mempunyai paras redah yang lebih cetek (500 mm) dari Ford Ranger standard (800mm).

 

banjir 2

 

3. Ketahui jalanraya. Jangan meredah terus kawasan banjir dan terus masuk ke dalam longkang atau sungai. Tugas penyelamat ialah untuk membantu, bukan menyusahkan.

4. Jika meredah banjir di kawasan perumahan atau di kawasan wujudnya rumah orang, bawa 4X4 atau lori anda dengan perlahan kerana setiap kenderaan akan menghasilkan “gelombang” air. Gelombang air ini akan merebak dan jika ia cukup kuat atau besar, ia boleh merosakan rumah mangsa banjir. 

 

 

5. Seringkali terjadi cermin pintu gelungsur (sliding door) rumah di taman perumahan pecah kerana gelombang air yang terbit dari kenderaan atau bot yang lalu-lalang. Tuan rumah boleh menggunakan plywood atau benda lain untuk melindungi pintu kaca itu.

6. Jika merendah banjir di dalam konvoi 4X4, jarakkan kenderaan dan pandu dengan lebih perlahan agar gelombang yang terhasil tidak merosakan harta mangsa. Hati-hati kerana jika memandu terlalu perlahan, trak transmisi manual akan mempunyai risiko enjin mati. 

 

7. Perhatikan arus aliran air. Ada laluan tertutup kerana air banjir mengalir dari kiri ke kanan atau sebaliknya. Sekiranya air sudah mencecah paras separuh tayar kenderaan dan arusnya deras, jangan redah kerana kenderaan anda boleh dihanyutkan. Pemandu trak pikap - jangan terlalu bongkak ya. Banyak trak pikap hanyut kerana insiden ini.

8. Selain dari trak pikap atau kenderaan 4X4 yang cukup sifat, perlu diingat hanya kenderaan dengan transmisi 4X4 lengkap dengan lower-transfer case yang mempunyai kebolehan mengharung banjir dengan selamat. Untuk SUV ringan seperti Honda CR-V, Mitsubishi ASX, Honda BR-V, Perodua Kembara (standard), Audi Q7 (orang Paya Besar di Pahang pasti ingat kes Q7 sangkut dalam cubaan meredah banjir), BMW X5 dan sebagainya dinasihatkan jangan terlalu berani meredah air banjir. Peralatan elektronik itu tidak pernah direka untuk meredah banjir dalam.

 

9. Jika tidak tahu apa ada di depan, jangan ambil risiko untuk maju. Jika rasa tidak ada keberanian atau pengalaman, berhenti dan pusing balik. Jangan bereksperimen jika poket tidak cukup dalam untuk membaiki kenderaan anda.

10. Dapatkan nasihat penduduk tempatan kerana anda perlu informasi untuk melancarkan operasi.

Berita Berkenaan

Informasi
Sejarah sebalik jambatan ini adalah ia hasil inovasi seorang jurutera tentera British semasa Perang…
Berita Domestik
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, rakyat cukup sengsara…
Informasi
"Saya menyeru kepada penduduk yang terjejas dan orang ramai yang ingin memasuki bandar Kota Tinggi…