Trak pikap BMW X7 mampu memuatkan sebuah F 850 GS!

oleh Mohamad Hanif|

Anda tidak perlu untuk menggosok mata anda beberapa kali saat melihat gambar ini, kerana ia bukanlah satu rekaan atau imej rendering mana-mana artis yang mahukan BMW menghasilkan trak pikap sendiri. 

Trak pikap BMW X7 ini sebenarnya merupakan sebuah model trak pikap sebenar yang dihasilkan sendiri oleh BMW bersempena dengan acara Motorrad Days. 
 


Harus diingatkan, trak pikap yang paling mewah dari BMW ini hanyalah sekadar binaan one-off semata-mata dan ia bukanlah untuk dijual (buat masa ini). 

Menurut BMW, trak pikap ini mengambil masa kira-kira 10 bulan untuk disiapkan, semenjak SUV paling besar BMW ini diperkenalkan kepada umum pada tahun lalu. 

Dan menariknya, ia merupakan hasil kerja para pelatih vokasional BMW itu sendiri dan mereka berkolaborasi dengan divisyen Concept Vehicle Construction and Model Technology BMW. 
 


Dari segi dimensi, trak pikap X7 ini telah dipanjangkan sebanyak 100 mm berbanding model asal, dengan kepanjangan bed belakang boleh berubah dari 1.4 meter kepada 2.0 meter panjang. 

Penggunaan bahan ringan CFRP pada komponen seperti bumbung, pintu belakang dan pintu kargo belakang sedikit sebanyak mengurangkan berat sehingga 200 kilogram!
 


Untuk memperlihatkan kegunaan trak pikap ini, BMW telah memuatkan sebuah motosikal F 850 GS di bahagian belakang yang menampilkan lantai yang diperbuat daripada kayu jati. 

Versi paling berkuasa BMW X7 xDrive50i yang dilancarkan tahun lalu didatangkan dengan enjin 4.4 liter bentangan V8 turbo berkembar yang mampu menjana 456 kuasa kuda dan daya kilas 649 Nm. 

Kuasa tersebut disalurkan kepada pacuan semua roda xDrive dengan transmisi automatik lapan nisbah kelajuan, dan pecutan sepantas 5.2 saat dari  0-100 km/j. 

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antaranya ialah mengalami sendiri pengalaman menggunakan fungsi Parkir Selari Separa Automatik,…
Berita Global
Terbaharu, sebuah syarikat pembuat barangan adventure dari Switzerland, Black Sheep Innovations…
Berita Global
Menurut CEO Tesla, Elon Musk berkata, trak pikap tersebut akan bersedia untuk didedahkan dalam masa…