BMW pula pada pertengahan tahun lalu turut hadir dengan sebuah model konsep trak pikap yang dibangunkan daripada casis BMW X7.
Model trak pikap BMW X7 ini hanyalah binaan one-off yang dihasilkan oleh para pelatih vokasional BMW dengan kerjasama divisyen Concept Vehicle Construction and Technology BMW.
Jika gambar yang anda perhatikan beberapa bulan yang lalu merupakan gambar studio, laman web Motor1 telah menerbitkan beberapa gambar sebenar trak pikap X7 yang dipamerkan di BMW Welt, Bavaria.
Dan seperti yang digambarkan di dalam imej studio, trak pikap tersebut ternyata mampu menampung sebuah BMW F 850 GS di bahagian bed belakang.
Dari segi dimensi, trak pikap X7 ini telah dipanjangkan sebanyak 100 mm berbanding model asal, dengan kepanjangan bed belakang boleh berubah dari 1.4 meter kepada 2.0 meter panjang.