Trak pikap 'berenang' di Banting

oleh SALINA JALIL|
Sebuah pacuan empat roda yang dihanyutkan dan terapung di Pantai Batu Laut, di Banting menarik perhatian pengunjung yang beriadah di pantai itu, petang tadi.


Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun tiada laporan polis diterima mengenainya.

 

“Setakat ini tiada laporan dibuat. Semakan mendapati pemandu kenderaan itu turun ke pantai melalui tempat bot dan perahu layar yang terdapat di situ.

 

“Saya dimaklumkan, pemandu terbabit yang juga seorang lelaki tempatan turun ke lokasi itu kerana dia fikir, ia boleh dilalui disebabkan keadaan air surut agak jauh ke tengah laut.

 

“Bagaimanapun, sampai di satu kawasan, tayar kenderaannya terbenam dan pemandu meminta tolong orang awam yang ada di kawasan itu untuk tarik keretanya tetapi gagal,” katanya kepada BH.

 

Azizan berkata, kenderaan itu terpaksa ditinggalkan di situ kerana air mulai pasang.

 

“Pemandu kenderaan terbabit selamat dan polis sedang mengesan pemandu dan pemilik kenderaan untuk mendapatkan maklumat lanjut lanjut,” katanya.

 

Beberapa jam lalu, tular di media sosial video berdurasi 12 saat yang memaparkan kenderaan terbabit dalam terapung menjadi perhatian pengunjung di situ.

 

 

 

Sumber: BH

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kemalangan berlaku ketika trak itu dalam perjalanan pulang selepas membawa petugas menunaikan solat…
Berita Global
Sebanyak 100 buah trak autonomi sepenuhnya kini beroperasi di lombong terbuka Yimin, dalam wilayah…
Berita Global
Dalam video tersebut yang dibintangi oleh bintang sukan terkenal di Australia, termasuk bintang AFL…