Environment Idaman Sdn Bhd, yang beroperasi di bahagian Utara Semenanjung Malaysia, merupakan syarikat konsesi yang menawarkan pelbagai solusi pengurusan sisa dan perkhidmatan pembersihan yang lestari dan inovatif.
Unit-unit yang baru diperoleh ini dijangka akan menggantikan trak-trak lama dalam flit pengangkutan sedia ada Environment Idaman.
Manakala untuk Warisan Integriti, ini merupakan sebahagian daripada usaha pengembangan flit pengangkutan mereka. Trak penyendat FORWARD FVR ini bakal digunakan untuk pengurusan, pengumpulan dan pembuangan sisa pepejal untuk majlis perbandaran tempatan di sekitar Perlis dan Kedah.
Sebanyak 6 unit trak Isuzu FORWARD (FVR 240MT) diperoleh oleh Environment Idaman Sdn Bhd untuk tahun ini. Warisan Integriti pula memperoleh sebanyak 4 unit trak Isuzu FORWARD (FVR 240AT).
Sewaktu majlis penyerahan, Atsunori Murata, selaku Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, berkesempatan menyampaikan penghargaan kepada wakil-wakil daripada Environment Idaman Sdn Bhd dan Warisan Integriti Sdn Bhd kerana menjadikan trak penyendat Isuzu FORWARD FVR sebagai pilihan utama mereka.
Murata yakin bahawa ketahanan dan kebolehpercayaan trak Isuzu mampu meningkatkan kecekapan operasi harian kedua-dua syarikat tersebut.
Selain itu, Isuzu Malaysia turut menyediakan sesi latihan untuk para pemandu kedua-dua syarikat tersebut untuk mengenali serta memahami cara terbaik pengendalian trak FORWARD FVR.
Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian kenderaan Isuzu, sila hubungi 1-300-88-1133 atau layari www.isuzu.net.my.