Trak pandu sendiri SURUS

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sekali-sekala General Motors akan melakukan kejutan dengan konsep yang menarik.

SURUS, atau Silent utility Rover Universal Superstructure ialah sebuah platform skala besar dengan sistem Hybrotec fuel cell (enjin hidrogen) yang mampu bergerak lebih dari 640 km.

Ia mempunyai dua motor elektrik, sistem stereng 4-roda dan bateri lithium ion yang dijana oleh fuel cell hidrogen.

Kegunaan SURUS amat sesuai sewaktu darurat di mana ia boleh diprogram untuk menghantar bahan bekalan atau generator.

GM mempunyai pengalaman dalam R&D untuk teknologi fuel cell dan sudah memulakan kajian itu sejak 50 tahun dahulu.

Sekiranya SURUS ini berjaya, ia memang akan menjadi satu penyelamat. Cuma personalannya ialah, adakah ia selamat dari dirompak di tengah jalan?