Trak Hino milik GDEX capai perbatuan 1 juta kilometer!

oleh Mohamad Hanif|
Hino Motors Sales Malaysia Sdn Bhd (HMSM) baru-baru ini meraikan salah sebuah syarikat kurier terkemuka di Malaysia, GD Express Sdn Bhd (GDEX) dengan menyampaikan Sijil Kebolehpercayaan (Reliability Certificate).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sijil tersebut disampaikan bagi menghargai salah sebuah daripada lori Hino yang dimiliki oleh GDEX yang telah mencapai jarak perbatuan 1,000,000 kilometer tanpa perlu baik pulih. 

Trak Hino yang telah beroperasi sejak dari tahun 2006 itu dan merangkumi beberapa perjalanan jauh di Ayer Keroh dan juga beberapa kawasan di selatan tanah air. 

Untuk beroperasi melebihi jangka masa 10 tahun dan jarak perbatuan 1,000,000 km tanpa perlu proses baik pulih ternyata membuktikan tahap kelasakan trak Hino di dunia nyata. 
 


Selain daripada produk yang boleh dipercayai, penjagaaan yang mengikuti garis panduan yang ditetapkan oleh Hino termasuklah melakukan servis di pusat bertauliah dan menggunakan alat ganti tulen juga merupakan faktor yang menjadikan trak Hino mampu bertahan lebih lama. 

Dan dengan program latihan pemanduan yang dijalankan oleh Hino Total Support Customer Center (HTSCC) di Sendayan, skil pemandu sebenarnya juga memainkan peranan penting terhadap kadar kebolehpercayaan kenderaan. 

Menurut Pengarah Urusan GDEX, Teong Teck Lean berkata, trak Hino bukan sahaja boleh dipercayai, malah ia juga bergantung kepada mutu perkhidmatan selepas jualan Hino yang terbaik. 

Dengan konsep yang dibawakan oleh Hino Total Support, beliau bersetuju Hino mengutaman dua nilai utama iaitu "Maximize Vehicle Uptime" dan juga "Minimize Vehicle Lifetime Cost". 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia merupakan perjanjian yang dimeterai dengan kepercayaan dan keyakinan antara HMSM, Auto Skyline,…
Berita Domestik
Hino Malaysia mengambil inisiatif bagi mengadakan pertandingan itu untuk meningkatkan kemahiran dan…
Berita Global
Kerjasama tersebut bakal menyaksikan Toyota, Suzuki dan Daihatsu membangunkan sebuah sistem BEV…