Trak gaya Amerika muncul di pasaran

oleh HEZERI SAMSURI|
Nampaknya peminat trak pikap akan gembira dengan berita ini.

Sebuah syarikat tempatan dikatakan akan memasang kenderaan jenis trak pikap full-size untuk pasaran Malaysia.

Careta mendapat informasi dan gambar-gambar dari Joe Mansur dari Kelab Ranger T6 Malaya, seorang pembaca setia Careta yang juga peminat tegar Ford Raptor.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Joe mendapat informasi melalu seorang eksekutif jualan yang memuatkan naik gambar trak itu ke dalam laman Facebooknya.

Careta bergegas turun padang untuk melihat sendiri trak pikap tersebut di sebuah dewan pameran kenderaan di Lembah Klang.

Nyata projek ini belum dilancarkan tetapi Careta sempat mengambil gambar dan juga beberapa informasi akan trak tersebut.

Di bawah ialah apa yang kami tahu dan yang kami dibenarkan untuk memberitahu setakat ini.

  • Ia nampak hampir sama dengan sebuah trak pikap full-size buatan US yang popular di sana, tetapi didakwa ia tidak serupa.
  • Ia mempunyai Panduan Sebelah Kanan - Right Hand Drive dan dipasang secara CKD di dalam negara tetapi model-model awal di bawa masuk dari sebuah negara Asean untuk menikmati taraf cukai AFTA.
  • Ia juga dikatakan mempunya tahap yang sama seperti yang “asli”.
  • Ia datang dengan pelbagai jenis badan - Regular Cab, Super Cab dan Super Crew (empat pintu).
  • Varian Regular Cab memuatkan tiga penumpang.
  • Varian SuperCab ada dua pintu tetapi memuatkan enam penumpang.
  • Varian Super Crew empat pintu memuatkan enam penumpang.
  • Trak ini juga datang dengan lima varian - XL, XLT, Lariat, King Ranch dan Platinum.
  • Ada dua jenis pacuan - 4X2 dan 4X4
  • Transmisi ialah dari jenis 6-kelajuan automatik
  • Enjin turbo 2.7L EcoBoost V6 petrol menghasilkan 325hp pada 5,750 rpm dan tork pada 375 Nm pada 4,250 rpm.
  • Enjin turbo 3.5L EcoBoost V6 petrol pula memberikan 385 hp pada 5,750 rpm dan 387 Nm pada 3,850 rpm.
  • Enjin 3.5L Ti-VCT V6 petrol memberikan 282 hp pada 6,250 rpm dan 253 Nm pada 3,000 rpm.
  • Enjin 5.0L T-VCT V8 yang menarik ini memberikan 365 hp pada 5,000 rpm dan 420 Nm pada 2,500 rpm.

 

Menurut laman Facebook seorang eksekutif jualannya, trak ini sudah boleh ditempah.

Untuk model turbo 2.7L  EcoBoost dengan transmisi 6-kelajuan SelectShift automatik Super Crew empat pintu, harganya ialah RM388,888.

Jika berminat, segera ke pusat pameran kenderaan Hamawangsa di TTDI, Petaling Jaya atau Whatsapp nombor +60 19-670 5370.

Careta akan mengikuti perkembangan projek trak pikap ini dan pastinya mereka yang mengidam trak full-size akan mula menabung.

Berita Berkenaan

Berita Global
Kali ini, Ram akan menampilkan varian Ram Rebel TRX dengan enjin Hellcat 6.2L V8 lengkap dengan…
Berita Global
Pasaran trak pikap US memang menggiurkan dan Volkswagen akhirnya menghasilkan sebuah konsep pikap…
Informasi
Sebut trak pikap, kita semua tahu bahawa trak pikap memang dibuat di Thailand. Negara jiran kita…