
Pada hari pertama pameran, trak ini akan dipasang hon yang merupakan kerja baik pulih terakhir.
Dari segi sejarah, trak bomba Nissan 180 ini asalnya digunakan di Balai Bomba Kamata di bandar Ota pada 1941.
Semasa perang, trak ini digunakan dengan cemerlang untuk memadam kebakaran akibat serangan udara.
Pada Mei 1945, trak ini ditempatkan di Balai Bomba Takanawa dan digunakan sehingga Oktober 1964 dan Sukan Olimpik Tokyo.

Pertimbangan untuk membaik pulih trak bermula selepas dihubungi Bahagian Perhubungan Awam (PR) Jabatan Bomba Tokyo untuk menghidupkan semula trak ini.
Empat jurutera sukarela dari Kelab Baik Pulih Kereta Popular Nissan terlibat dalam projek ini yang juga aktitivi dalaman syarikat bagi membaik pulih kereta-kereta Nissan.
Projek baik pulih trak bomba ini semestinya satu peluang yang jarang ditemui!
Selain kerja asas seperti pengoperasian, pembelokan dan pembrekan, mereka juga membaik pulih keseluruhan sistem elektrik trak.

Di antaranya lampu isyarat, pengelap cermin dan lampu merah yang tidak berfungsi.
Menurut Jurutera Nissan dan Ketua Inisiatif Baik Pulih, Toshiaki Kawai, mereka menggunakan manual penyelenggaraan yang masih ada dalam simpanan sebagai rujukan.
Mereka juga memikirkan bagaimana ianya dibuat pada masa itu dan berseronok sesama sendiri semasa menjalankan kerja-kerja baik pulih.

Satu aktiviti yang bagus untuk membina pasukan!
Selepas pameran, Trak Bomba Nissan 180 akan disimpan sebagai kenderaan PR Jabatan Bomba Tokyo.
Jabatan merancang untuk menggunakannya bagi meningkatkan kesedaran tentang pencegahan bencana di kalangan penduduk Tokyo.
Penulis: Muhammad Md Tajudin
