Trak baharu Ken Block hasil 900hp

oleh HEZERI SAMSURI|
Ken Block, pelumba rally yang juga popular dengan aksi-aksi drift hebat kini mempunyai kenderaan baharu.

Masih mengekalkan jenama Ford, "mainan" terkini Ken ialah sebuah trak pikap Ford F150 tahun 1977.

Walaupun sebelum ini beliau pernah menghasilkan jentera ralli-cross dengan kuasa kuda 1,400 hp, kali ini Ken mahukan sesuatu yang lebih unik dan mungkin lebih mencabar.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Ken, ayahnya pernah memiliki trak jenis F150 model 1977 ini dan Ken sendiri belajar memandu menggunakan trak tersebut.

Mungkin kerana itu trak pikap ini menjadi pilihannya dan juga bakal menjadi kenderaan utama Ken dalam video drift terbaharunya yang akan dilancarkan kelak - Gymkhana Ten.

 

 

Trak pikap klasik ini menggunakan enjin Ford Performance V6 EcoBoost dengan 914hp pada7,400rpm dan daya kilas 951Nm pada 6,450rpm.

Transmisi ialah 6-kelajuan automatik dari Sadev, sama saeperti yang pernah digunakannya sebelum ini. Segala tenaga dari enjin disalurkan kepada keempat-empat roda.

Kerja modifikasi mekanikal dilakukan oleh Detroit Speed Shop di Mooresville, Carolina Utara sementara rekabentuk dan stailing dihasilkan oleh ken dan kakitangan beliau di Hoonigan HQ.

 

 

Projek yang mengambil masa dua tahun untuk dibina ini digelar Hoonitruck.

Video drift Gymkhana Ten akan dilancarkan pada 7 Disember tetapi bukan di YouTube, tetapi di stesen TV digital Amazon Prime (juga terdapat untuk penonton Malaysia).

Untuk siaran di YouTube, ia hanya akan dimulakan pada 17 Disember.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Kematian Ken Block pastinya meninggalkan kesan besar terutama sekali buat para peminat yang…
Berita Global
Mungkin ramai di antara peminatnya yang masih lagi merindukan aksi-aksi pemanduan lasak menerusi…
Berita Global
Sebagai seorang pemandu yang luar biasa, usahawan berjaya, dan ketua keluarga, pemergiannya…