Trajedi Triso - Sarawak akan bina penghadang besi di jeti feri

oleh HEZERI SAMSURI|
Kerajaan negeri Sarawak mengarahkan pembinaan penghadang besi di semua jeti-jeti feri di dalam negeri itu.

Tindakan itu diumumkan oleh Tombalan ketua Menteri II, Tan Sri James Jemut Masing selepas tragedi di mana sebuah kenderaan 4X4 hilang kawalan dan terjunam masuk ke Sungai Batang Lupar di Sri Aman ketika sedang menunggu giliran untuk menaiki feri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Insiden itu memakan sembilan nyawa, termasuk seorang bayi berusia empat bulan.

Pihak JKR telah diarahkan untuk memulakan pembinaan penghadang besi itu secepat mungkin. James juga menegaskan bahawa SOP yang wujud perlu dituruti untuk memastikan kejadian buruk tidak terjadi.

Menurut SOP, hanya pemandu sahaja yang dibenarkan berada di dalam kenderaan sebelum ia dipandu masuk ke atas feri.

 

 

Kerajaan negeri Sarawak juga telah memperuntukan RM3 bilion untuk membina jambatan-jambatan merentasi sungai-sungai bagi menggantikan sistem feri yang beroperasi sekarang.

"Jambatan Batang Lupar dalam proses pembinaan dan ia memakan kos RM848 juta," ujarnya.

James menambah kos pembinaan kesemua jambatan dan jalanraya itu adalah dari wang kerajaan negeri sendiri setelah peruntukan asal dibatalkan oleh kerajaan persekutuan yang dahulu.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang terjun ke dalam sungai untuk cuba membantu.

"Ia membuktikan orang Sarawak sangat prihatin dengan warga Sarawak yang lain," kata James lagi.

* Laporan penuh dari Malay Mail