Trail Wagon - trailer pintar untuk Mercedes-Benz Sprinter

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mercedes-Benz Sprinter merupakan antara model van kotak yang paling popular untuk dijadikan sebagai campervan/motorhome disebabkan tahap versatilitinya yang cukup tinggi. 

Namun, jika anda merasakan sebuah Sprinter masih tidak mencukupi untuk dijadikan sebagai projek, anda perlu menambah sebuah trailer di bahagian belakang dengan rekaan seperti sebuah Sprinter. 

Bagi menjawab persoalan anda, trailer Sprinter ini bukanlah berasal daripada sebuah half-cut Sprinter, sebaliknya ia dihasilkan oleh Chinook RV, sebuah pakar pembina motorhome yang sudah memulakan operasi sejak tahun 1983 di California. 
 


Chinook RV membina struktur keseluruhan trailer ini di atas gandar yang mampu menampung berat sehingga 3,175 kg, dengan rangka aluminium serta beberapa panel yang diperbuat daripada gentian kaca. 

Bahagian luaran trailer ini direka semula supaya ia menampakkan sebuah Sprinter - termasuklah rekaan cermin tanpa bingkai, lampu belakang, serta saiz rim dan tayar yang menggunakan spesifikasi yang sama. 
 


Di ruang dalaman pula, terdapat katil bersaiz permaisuri jenis drop-down yang mampu dioperasikan menggunakan elektrik, serta boleh diubah menjadi sebuah sofa apabila diperlukan. 

Ia juga lengkap dengan sistem ventilasi udara, panel solar 110 watt, sistem insulasi dan kamera litar tertutup untuk keselesaan dan keselamatan para penumpang ketika bermalam di sesuatu kawasan.

Bagi memudahkan urusan keluar masuk, Chinook membina dua buah bukaan pintu - belakang dan sisi. 
 


Chinook juga menawarkan pakej tambahan seperti peti sejuk, atau set perkakas bengkel seperti kompressor udara, kotak penyimpanan barang dan storan bahan api; atau pakej hiburan yang merangkumi televisyen, kabinet dan sistem bunyi keliling. 

Menariknya, sistem operasi yang terdapat pada trailer ini boleh dikawal secara jarak jauh, terima kasih kepada integrasi sambungan kepada peranti pintar yang mampu memudahkan apa jua urusan. 

Melihatkan kepada keluasan trailer yang dibina, anda boleh memuatkan beberapa buah basikal, atau motosikal di belakang selain daripada menawarkan tempat tidur yang sangat selesa. 
 


Tidak termasuk kos pemilikan sebuah Mercedes-Benz Sprinter yang lengkap dengan peralatan dan komponen tipikal campervan, harga untuk sebuah trailer Trail Wagon ini bermula dari $38,000 (RM155 ribu). 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun syarikat Concorde (bukan kapal terbang ultrasonik) tampil dengan penyelesaian untuk masalah…
Berita Global
Pasangan berada di belakang sebuah motorhome di jalan dua hala ketika sebuah Ferrari merah…
Berita Global
Malah kita juga dapat menyaksikan beberapa pihak sudah pun mula membawa masuk model-model caravan/…