"Bagi tangkapan sebelum ini, (suspek) diberikan jaminan polis (selepas selesai tempoh reman).
"Reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan pula akan dibuat di Mahkamah Kluang, pada hari ini (Jumaat).
"Bagaimanapun, siasatan mengikut Seksyen 42(1) APJ 1987 masih diterus berdasarkan rakaman video tular yang menunjukkan kenderaan terbabit dipandu laju dan melulu," katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Bahrin dilaporkan berkata, nahas di Kilometer 27, Jalan Renggam-Simpang Renggam itu menyebabkan empat sekeluarga, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang menaiki Toyota Vios, maut di lokasi kejadian.
Remaja itu disyaki memandu kereta Mercedes Benz A250 secara melulu dan berbahaya bersama sebuah BMW 530e dipandu abangnya berusia 22 tahun yang turut maut ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kemalangan berkenaan.
Insiden berlaku apabila BMW 530e terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan lalu melanggar Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan sebuah lagi Mercedes-Benz.