Tragedi kren runtuh: Syarikat pembinaan Zhongshi International Sdn Bhd didenda RM45,000

oleh SALINA JALIL|
Sebuah syarikat pembinaan didenda RM45,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, kerana gagal untuk memastikan keselamatan pengendalian ‘launching gantry’ sehingga menyebabkan kemalangan kepada tiga pekerjanya di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Mac lalu.


Zhongshi International Sdn Bhd dikenakan hukuman itu selepas wakilnya, Pengurus Sumber Manusia, Sim Li En, selaku orang kena saman (OKS) mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Mengikut pertuduhan, syarikat itu sebagai majikan telah gagal untuk memastikan setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja.

 


Ia gagal untuk memastikan pengendalian ‘launching gantry’ yang selamat semasa kerja-kerja penyenggaraan sehingga menyebabkan kemalangan kepada tiga pekerja warga China iaitu Wu Tongzheng, Ding Kunfu dan Jiang Jinbao.

 

Kesalahan dilakukan di 3PT39 sehingga 3PT41, Pakej CA3, Projek Penswastaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang Elevated Expressway (SUKE), Jalan Alam Damai di sini, lebih kurang jam 8.45 pagi pada 22 Mac lalu.

 

Pertuduhan di bawah Seksyen 15(1) Akta keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 19 Akta yang sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau dipenjarakan selama tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

 

Semasa prosiding, OKS yang tidak diwakili peguam, merayu agar dikenakan hukuman denda pada kadar rendah dengan alasan syarikatnya telah membuat langkah-langkah untuk mengelakkan kemalangan berlaku dan memastikan ia tidak berulang.

 

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa dari Jabatan Keselamatan dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Abdul Rahim Sabri mencadangkan mahkamah mengenakan hukuman maksimum terhadap syarikat itu.

 

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Polis Zaiham Mohd Kahar, pemandu yang beumur 44…
Berita Global
  Menurut siaran akhbar dari JIT, pihak itu masih terus menyiasat untuk mencari kebenaran,…
Berita Domestik
Laporan berhubung insiden tersebut yang telah dibentangkan kepada Kabinet oleh Menterinya, Datuk…