Tragedi kemalangan maut di antara lori treler dan MPV di Simpang Pulai, MIROS jalankan siasatan terperinci

oleh SALINA JALIL|
Merujuk kepada kes nahas jalan raya yang melibatkan tujuh maut manakala tiga cedera dalam nahas jalan raya yang membabitkan sebuah treler dengan kenderaan pelbagai guna Perodua Alza di Jalan Keramat Pulai pada 11 Ogos 2020, Institut Penyelidkan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) merakamkan ucapan takziah dan turut berdukacita dengan perkara ini.

 

MIROS memandang serius isu ini dan telah menghantar pasukan bagi menyiasat dan menganalisis punca nahas jalan raya itu berlaku dan hasil siasatan akan dibentangkan kepada pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi cadangan penambahbaikan terhadap dasar yang melibatkan keselamatan jalan raya untuk mengelakkan kejadian seperti ini daripada berulang.

 


Pada masa yang sama, MIROS ingin menekankan keperluan rehat yang mencukupi sebelum melakukan perjalanan bagi mengelakkan daripada gejala ‘microsleep’ berlaku dan membolehkan pemandu kekal waspada terhadap pemanduan. 

 

MIROS juga menyarankan perancangan perjalanan dapat dibuat bagi mengelakkan lebihan muatan pada kenderaan kerana ia mempengaruhi kestabilan kenderaan terutamanya terhadap kawalan stereng kenderaan dan tahap kecekapan brek.


MIROS juga berharap agar pemakaian tali pinggang keledar dapat dijadikan amalan di kalangan pengguna jalan raya. 

 

Dapatan kajian daripada institut-institut keselamatan di seluruh dunia mengesahkan pemakaian tali pinggang keledar mampu mengurangkan risiko kematian sehingga 50 peratus apabila terlibat dalam perlanggaran. Pemakaian tali pinggang keledar yang betul akan menghalang penumpang daripada terhumban di dalam atau tercampak keluar dari kenderaan apabila berlaku
sesuatu hentaman.


MIROS mengingatkan agar semua pengguna jalan raya sentiasa patuh kepada peraturan jalan raya, pastikan kenderaan dalam keadaan baik dan patuhi had laju yang ditetapkan. Amalkan pemanduan secara berhemah kerana setiap nyawa itu sangat berharga.

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Versi baharu R15 (atau lebih dikenali R15 Versi 4.0) itu didatangkan dengan nadi silinder tunggal…
Berita Domestik
Ia berikutan pendedahan Daihatsu Motor Co. dalam satu kenyataan mengesahkan terdapat salah laku di…
Berita Domestik
  “MIROS bertanggungjawab mengkaji keselamatan keadaan jalan di sana dan laporan dapatan kesemua…