Trafik KL Terganggu Sempena Sidang ASEAN, Elak Laluan Sekitar KLCC Bermula Jumaat Ini

oleh Qalif Latif|
Penduduk Lembah Klang khususnya pengguna jalan raya sekitar pusat bandar Kuala Lumpur dijangka berdepan gangguan trafik bermula Jumaat ini, susulan penganjuran Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 8 hingga 11 Julai.

Menurut Sekretariat Induk Logistik ASEAN, Kementerian Luar memaklumkan bahawa gangguan trafik dijangka berlaku di kawasan radius satu kilometer dari KLCC serta sepanjang jalan utama yang menghubungkan ke pintu masuk utama ibu negara.

Maklumat lanjut mengenai laluan yang terjejas dan penutupan jalan tertentu akan dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat,” menurut kenyataan sekretariat tersebut.

Kementerian Luar turut merakamkan permohonan maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul sepanjang tempoh penganjuran, dan menyeru orang ramai untuk memberi kerjasama sepenuhnya demi kelancaran acara antarabangsa ini.

Sebagai tuan rumah bagi acara serantau penting ini, Malaysia melalui Kementerian Luar menyatakan komitmen tinggi untuk memastikan penganjuran berjalan lancar dan berjaya, seiring matlamat memupuk keamanan serta kesejahteraan serantau.

Untuk rekod, Malaysia telah mengambil alih Kepengerusian ASEAN pada 1 Januari 2025 daripada Laos, dengan tema “ASEAN: Tegar dan Berdaya Saing”, yang mencerminkan aspirasi negara untuk membina sebuah ASEAN yang bersatu dan makmur.

Ini merupakan kali kelima Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN selepas tahun-tahun 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Sumber BERNAMA: Gangguan Trafik Sempena AMM Ke-58, Dijangka Bermula Jumaat Ini - BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Difahamkan, suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Cawangan Temerloh kira-…
Berita Domestik
Menurutnya, ketika beliau bersama rakan setugas, Koperal Wan Muhamad Fazreen Wan Nasir, 38, sedang…
Berita Global
Menurut laporan, lelaki terbabit mengikat kepala dan ekor seekor ikan sepanjang satu meter dengan…