Trafik dijangka sesak di KLK, LPT1 sempena Tahun Baru Cina

oleh Mohamad Hanif|
ANIH Berhad selaku syarikat konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) menjangkakan aliran trafik yang tinggi di kedua-dua laluan bersempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba.

Sehubungan dengan itu, pihak ANIH telah mengumumkan jadual cadangan waktu perjalanan (TTA) untuk rujukan pengguna.

Menurut Puan Radzimah Mohd Radzi, Pengurus Besar Kanan ANIH berkata, "ini merupakan kali pertama sejak dua tahun lalu di mana masyarakat Cina di Malaysia dibenarkan untuk merentas negeri bagi menyambut  perayaan tersebut bersama keluarga tercinta.
 

ANIH


Pihak ANIH turut membuat insiatif mengedarkan jadual waktu perjalanan bersama 1,400 penutup muka sejak 25 Januari lalu di plaza tol KLK dan LPT1 sebagai makluman awal kepada para pengguna.

Jadual cadangan waktu perjalanan boleh dirujuk pada gambar di bawah, dan maklumat trafik terkini boleh diperoleh daripada laman sosial rasmi  Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT - Line di 09 5479111/1-700-818-700.
 

TTA




Manakala pengguna LPT2 boleh mendapatkan maklumat trafik melalui Twitter @LPT2Trafik, papan tanda elektronik di sepanjang lebuh raya atau menghubungi LPT2Line di talian 1800 88 0220.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Laluan di LPT1 dan LPT2 juga lancar di kedua-dua hala sementara kenderaan bergerak perlahan di…
Berita Domestik
Menurut laporan Utusan Malaysia yang turut meninjau di lokasi tersebut mendapati jalan menghala ke…
Berita Domestik
Penutupan jalan itu adalah untuk memberikan laluan kepada kerja pemasangan cerucuk jambatan bagi…