Tracker -  alat penjarakan sosial Bluetooth yang mampu buka sektor ekonomi

oleh HEZERI SAMSURI|
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah menghasilkan satu peranti yang mampu mengesan kontak rapat dan membunyikan amaran jika penjarakan sosial tidak dipatuhi.

Peranti yang diberi nama Tracker itu adalah satu sistem lengkap yang juga mempunyai pengesanan lokasi di dalam premis perniagaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara fungsi menarik Tracker ialah:

1. Mengesan pergerakan individu di dalam premis perniagaan.

2. Menyimpan maklumat kontak rapat.

3. Menyimpan rekod pekerja.

4. Menyimpan maklumat rantaian bekalan dan standard operating procedure (SOP).

5. Pengstoran maklumat dalam masa sebenar dan di atas talian.

6. Membunyikan penggera jika pemakai berada kurang dari 1 meter dengan pengguna Tracker yang lain dan data itu disimpan    dalam sistem pentadbiran.

Fungsi-fungsi tersebut menjadikan Tracker ini sangat sesuai untuk perniagaan yang memerlukan bilangan kehadiran pekerja yang tinggi di lokasi, seperti kilang, pusat runcit mahupun terminal lapangan terbang.

 

 

Dalam keadaan di mana seorang pekerja disahkan dijangkiti virus, majikan mampu mengesan dan mengenalpasti kawasan yang terdedah kepada virus itu melalui pelan lokasi pekerja itu berada.

Ini memudahkan pengesanan dan pengasingan kontak rapat dengan individu yang dijangkiti.

"MARii Tracker dibangunkan sebagai satu penyelesaian baharu bagi menguruskan pandemik dengan lebih baik di semua peringkat ekonomi," kata Datuk Ts. Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif MARii.

Tracker juga mampu digabungkan ke dalam sistem pengurusan sumber manusia seperti HRMS dan sistem kehadiran pekerja untuk memudahkan pemantauan.

Sistem ini tidak menyimpan maklumat peribadi pekerja, dan ia tidak perlu bergantung kepada telefon pintar atau aplikasi mobil untuk beroperasi.

Sistem ini juga boleh disepadukan dengan teknologi-teknologi seperti pengecaman wajah (facial recognition) dan sistem maklumat pemetaan geografi (GIS). 

Teknologi data besar ini membolehkan penjanaan model ramalan (predictive modelling) dan simulasi corak pergerakan wabak bagi kluster jangkitan baharu.

Untuk maklumat lanjut berkaitan sistem Tracker ini, sila hubungi [email protected]