Track Day Perodua di Litar Sepang - bayaran serendah RM10 dengan UFirst!

oleh Mohamad Hanif|
Acara K-Car Global merupakan acara perlumbaan 24 jam yang dianjurkan setiap dua tahun bagi pemilik-pemilik kenderaan K-Car membelasah kereta kecil mereka di dalam litar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Bersempena dengan penganjuran K-Car Global 2019 yang bakal mengambil tempat di Litar Antarabangsa Sepang pada penghujung minggu ini, Perodua ingin mengajak para pemilik kereta jenamanya untuk memasuki litar tersebut. 

Dengan hanya bayaran serendah RM10 + 1000 UKoins menerusi aplikasi UFirst Perodua, anda layak untuk menyertai sesi 'track day', atau bayaran penuh RM20 sekiranya anda tidak mempunyai aplikasi UFirst tersebut. 

Sesi track day ini akan berlangsung pada pagi 16 November 2019, dan harus diingatkan ia hanya terhad kepada 100 peserta terawal sahaja. 

Tarikh tutup penyertaan adalah 15 November jam 3 petang dan pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan di bawah.
 

K-Car Global