TRA Kyoto hasilkan kit badan lebar Rocket Bunny untuk Nissan Z

oleh Mohamad Hanif|
Anda mahukan sebuah Nissan Z yang lebih bergaya?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bersempena dengan Tokyo Auto Salon 2023 yang bakal tiba, TRA Kyoto yang dimiliki oleh lagenda Kei Miura bakal melancarkan kit badan khas untuk kereta sports pacuan roda belakang itu.
 

Z


Yang pasti, kit badan Rocket Bunny untuk Nissan Z ini nyata menambahkan lagi dimensi lebar dengan fender depan dan arka roda belakang yang lebih bersegi, diikuti bampar baharu di mana bukaan jeriji adalah lebih kecil dan diserikan dengan kehadiran sirip-sirip aerodinamik.

Sementara bahagian belakang pula dipadankan dengan spoiler ekor itik serta spoiler kecil yang diposisikan pada atas bumbung.
 

nissan Z


Jika anda perasan, terdapat logo Hot Wheels pada bahagian sisi kereta ini. Adakah ini membawa maksud Nissan Z Rocket Bunny ini akan diabadikan menjadi sebuah diecast 1:64 pada masa akan datang?

Setakat ini, harga dan tarikh jualan sebenar kit badan Rocket Bunny ini masih lagi belum diumumkan oleh pihak TRA Kyoto.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Kei Miura (@trakyoto)


Sumber: TRA Kyoto

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antara yang sah dan bakal menarik tumpuan peminat JDM di Malaysia pada TAS Kuala Lumpur ialah…
Berita Global
Rocket Bunny kini menawarkan kit badan lebar khusus untuk model kereta sports pacuan roda belakang…
Berita Global
Kini, pengeluar kit badan TRA Kyoto tampil dengan penawaran terbaharu bagi model Toyota GR 86 2022…