Toyota Yaris rasmi dilancarkan - tiga varian, harga bermula dari RM71 ribu (atas jalan tanpa insurans)

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

UMW Toyota tidak perlu untuk berselindung lagi, kerana Vios versi hatchback atau Toyota Yaris yang baharu dilancarkan tadi sudah pun dipertontonkan kepada umum pada acara Malaysia Autoshow 2019 yang lalu. 

Didatangkan dalam tiga varian utama, iaitu 1.5J, 1.5E dan 1.5G yang lebih premium, ketiga-tiga varian ini dikuasakan oleh enjin 2NR-FE empat silinder sebaris yang menghasilkan 107 PS dan 140 Nm. 

Kesemua varian hanya didatangkan dengan transmisi CVT tujuh nisbah kelajuan Shiftmatic Mode.
 


Membawakan hampir keseluruhan imej yang sama daripada 'kembar'nya Toyota Vios, Toyota Yaris diberikan kemasan yang sama sporty termasuklah bumbung terapung terima kasih kepada kemasan warna hitam pada tiang C dan lampu belakang yang lebih bersegi. 

Kecuali versi J yang hadir dengan lampu jenis reflektor halogen, varian E dan G didatangkan dengan lampu jenis projektor yang dipadankan dengan lampu belakang LED. 

Yaris varian 1.5J didatangkan dengan rim aloi bersaiz 15 inci manakala varian 1.5E dan 1.5G masing-masing dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 16 inci dengan tayar 195/50 R16. 
 


Di ruang dalaman pula, terdapat beberapa ciri menarik seperti:

  • meter Optitron dengan paparan LCD berwarna
  • pendingin hawa automatik
  • Mod pemanduan Eco dan Sport
  • Kamera parkir panoramik 360 darjah
  • Skrin paparan dengan fungsi DVD-AVX dan USB Mirroring
  • Enam buah pembesar suara
  • Alat perakam pemanduan digital (DVR)

Dari segi keselamatan pula, Toyota Yaris cukup lengkap dengan ciri-ciri berikut:

  • tujuh buah beg udara (termasuk beg udara lutut)
  • cagak ISOFIX kerusi belakang
  • ABS, EBD dan Bantuan Brek
  • Bantuan Mula Mendaki (HAC)
  • Kawalan Kestabilan Kenderaan dengan Kawalan Cengkaman
  • Pemantauan Titik Buta dengan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RTCA)
     


Harga jualan bagi setiap varian adalah seperti berikut:

Yaris 1.5G (AT) - RM83,888.00
Yaris 1.5E (AT) - RM76,888.00
Yaris 1.5J (AT) - RM70,888.00

Untuk setiap pembelian Toyota Yaris, UMW Toyota memberikan jaminan lima tahun tanpa sebarang had perbatuan. 

Lima warna menarik ditawarkan iaitu Citrus Mica Metallic, Red Mica Metallic, Silver Mica Metallic, Super White II dan Attitude Black. 

Saksikan video pandang pertama Toyota Yaris 2019 pada pautan di bawah.

 

 

Dalam masa yang sama, UMW Toyota turut mengumumkan pelantikan Janna Nick sebagai Duta  Rasmi bagi Jenama Yaris. 

Janna Nick sebelum ini sudah menceburkan diri selama dua tahun sebagai pelumba Toyota Gazoo Racing.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tidak seperti model negara jiran yang telah mendapat muka baharu, Yaris IMP 2023 untuk pasaran…
Berita Global
  Selain varian sedia ada, Toyota turut memperkenalkan Yaris Premiere Edition yang sarat dengan…
Berita Global
Siapa sangka, kereta yang paling laris terjual di Eropah itu kini sudah pun memasuki generasi…