Toyota Yaris laris di Eropah untuk Januari 2021!

oleh Mohamad Hanif|
Seperti mana yang kita semua maklum, tahun 2020 bukanlah satu tahun yang cukup memberangsangkan, rata-rata pengeluar automotif terpaksa berhadapan dengan cabaran yang cukup besar yang disumbangkan oleh wabak pandemik COVID-19.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Boleh dikatakan, hampir keseluruhan pasaran di Eropah turut mengalami penurunan jualan dua angka, di mana Sepanyol mencatatkan penurunan terbesar (-51.5 peratus) diikuti oleh Jerman (-31.1 peratus) dan Itali (-14 peratus).

Walaupun dalam keadaan suram, ia bukanlah penghalang sesetengah golongan daripada terus mendapatkan kereta peribadi, dan daripada kajian Jato Dynamics, ada sesetengah model yang menggandakan penguasaan pasaran untuk tempoh yang sama.

Salah satu daripada model paling laris terjual di benua Old Continent, Toyota Yaris muncul sebagai kereta paling laris dijual di Eropah untuk bulan Januari 2021, dengan 18,094 unit terjual, atau peningkatan sebanyak 3 peratus berbanding bulan yang sama, tahun lalu.

 


Peugeot 208 pula ternyata gagal untuk mempertahankan kedudukan teratas, namun masih lagi mampu untuk bertahan di tempat kedua dengan 17,310 unit terjual, atau penurunan sebanyak 15 peratus.

Model kegemaran James May, Dacia Sandero pula menduduki tangga ketiga dengan angka jualan 15,922 unit, peningkatan sebanyak 13 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Senarai penuh kereta paling laris di Eropah untuk bulan Januari 2021 adalah seperti berikut:

1. Toyota Yaris (18,094 unit)
2. Peugeot 208 (17,310 unit)
3. Dacia Sandero (15,922 unit)
4. Volkswagen Golf (15,227 unit)
5. Vauxhall Corsa (14,951 unit)
6. Peugeot 2008 (14,916 unit)
7. Renault Clio (14,446 unit)
8. Fiat Panda (14,122 unit)
9. Volkswagen T-Roc (13,896 unit)
10. Skoda Octavia (13,756 unit)

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
Kuantiti kenderaan elektrik (EV) buatan China semakin meningkat apabila pembuat kereta dan pengedar…
Berita Global
Tesla mengatakan melalui laman webnya, ia akan meningkatkan harga untuk semua kereta Model Y di…
Berita Global
Selepas Toyota mengumumkan penamatan jualan bagi model GR86 pada hujung tahun ini, tiba giliran…