Toyota Yaris kereta pertama jalani ujian baharu Euro NCAP 2020

oleh Mohamad Hanif|
Toyota Yaris generasi keempat yang dibangunkan atas platform TNGA untuk pasaran Eropah menjadi model kereta pertama yang diuji oleh Euro NCAP berdasarkan protokol yang telah dirombak semula, baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Meskipun dengan ujian yang semakin ketat, Toyota Yaris berjaya memperoleh skor lima bintang penuh, dengan skor seperti berikut:

  • Perlindungan penumpang dewasa - 86 peratus
  • Perlindungan penumpang kanak-kanak - 81 peratus
  • Perlindungan pejalan kaki - 78 peratus
  • Bantuan keselamatan - 85 peratus

Protokol tahun 2020 menampilkan perubahan di mana ia menampilkan ujian pelanggaran offset terbaharu menggantikan protokol asal yang digunakan sejak tahun 1997.

Dalam ujian penghalang berubah bentuk progresif mudah alih (Mobile Progressive Deformable Barrier, MPDB), EURO NCAP meneliti perlindungan yang ditawarkan oleh kenderaan terhadap penumpang, serta risiko terhadap kenderaan yang dilanggar.

 


Menurut Euro NCAP, disebabkan saiz yang kecil serta struktur hadapan yang lembut, ia menjadikan Yaris sebagai salah satu 'rakan pelanggaran' yang kurang agresif di atas jalan raya.

Malah, prestasi hatchback kecil Toyota itu turut dipuji kerana berjaya mengurangkan kesan kecederaan akibat impak sisi jauh, terima kasih kepada beg udara yang dipasang pada bahagian tengah.

Teknologi Toyota Safety Sense yang dilengkapkan pada Yaris TNGA ini juga beraksi cemerlang apabila ia mampu menghentikan Yaris ketika sedang membelok apabila sistem mengesan kehadiran trafik dari arah hadapan untuk mengelakkan pelanggaran.

Laporan penuh ujian Euro NCAP terhadap Toyota Yaris boleh dibaca pada pautan di bawah:

Euro NCAP: Toyota Yaris

Baca: Perubahan Besar Terhadap Ujian Kenderaan Baharu Euro NCAP

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tidak seperti model negara jiran yang telah mendapat muka baharu, Yaris IMP 2023 untuk pasaran…
Berita Global
  Selain varian sedia ada, Toyota turut memperkenalkan Yaris Premiere Edition yang sarat dengan…
Berita Global
Siapa sangka, kereta yang paling laris terjual di Eropah itu kini sudah pun memasuki generasi…