Toyota Yaris JDM dari RM53k - Ada pilihan 6 kelajuan manual, 4WD

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Yaris yang kecil molek ini bakal dijual di Jepun pada Februari depan. Model ini berbeza dengan Yaris pasaran tempatan dan ia pertama kali diperkenalkan pada Pameran Kenderaan Tokyo, Oktober lalu.

Dari segi saiz juga jelas berbeza, Yaris pasaran tempatan lebih kepada versi Vios hatchback manakala Yaris untuk pasaran Eropah dan Jepun ini dibangunkan di atas platform TNGA-B.

Walaupun kecil molek, harapan Toyota pada model ini begitu besar. Presiden Toyota iaitu Akio Toyoda sendiri menguji GR Yaris, varian berprestasi yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota Yaris

 

Yaris mempunyai nama besar dalam Kejohanan Rali Dunia (WRC) sebagai jentera yang membantu Ott Tänak bergelar juara WRC 2019 dan menamatkan kemarau Toyota sejak tahun 1994.

Ciri sporti pada Yaris juga nampak ketara melalui bentuk badan yang rendah (hasil daripada pusat graviti rendah) selain struktur tegar dan ringan. 

Apabila dijual di Jepun nanti, Yaris dilengkapi dengan pelbagai ciri canggih termasuk sistem pacuan E-Four iaitu sistem pacuan empat roda elektrik.

 

Toyota Yaris

 

Berikut ialah ciri utama pada Toyota Yaris pasaran Jepun:

  • 11 jenis varian termasuk tiga hibrid 
  • Tiga pilihan enjin iaitu 1KR-FE (1.0 liter), M15A-FKS (1.5 liter Dynamic Force) dan M15A-FXE (1.5-liter Dynamic Force) hibrid (THS II)
  • Tiga pilihan transmisi iaitu Super CVT-i untuk Yaris 1.0, enam kelajuan manual dan Direct Shift-CVT untuk Yaris 1.5
  • Tiga jenis pacuan iaitu 2WD, 4WD dan E-Four khusus untuk Yaris hibrid
  • Yaris hibrid hanya menggunakan satu liter petrol untuk 36 kilometer perjalanan berdasarkan ujian kitaran WLTC
  • Yaris Welcab - Mempunyai fungsi storan kerusi roda dengan motor elektrik
  • Model Toyota pertama dilengkapi Toyota Teammate Advanced Park
  • Toyota Safety Sense terkini dengan fungsi pengesanan kereta yang datang sewaktu membelok ke kanan di simpang jalan dan pengesanan pejalan kaki yang melintas jalan raya semasa membelok kiri atau kanan
  • Fungsi Turn Tilt Seats yang memudahkan masuk dan keluar kereta dengan kerusi condong ke arah pemandu
  • Outlet elektrik berkuasa 1,500 watt. Bukan sahaja boleh digunakan untuk perkakasan elektrik rumah tetapi juga mampu menjadikan Yaris sebagai punca tenaga elektrik apabila bekalan terputus atau semasa kecemasan
Toyota Yaris

Berkenaan harga, Toyota Yaris dijual pada JPY1,395,000 (RM52,788) untuk varian asas X 1.0 liter 2WD dengan transmisi Super CVT-i.

Varian paling premium ialah Yaris HYBRID Z 1.5 liter dengan transmisi E-Four yang berharga JPY2,493,000 (RM94,337).

Jika ditanya kemungkinan Yaris ini memasuki pasaran tempatan, mungkin tidak untuk versi biasa kerana faktor tarikan pembelian.

Kecuali GR Yaris yang mempunyai daya tarikan tersendiri dan pengimport bebas membawanya masuk ke pasaran tempatan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tidak seperti model negara jiran yang telah mendapat muka baharu, Yaris IMP 2023 untuk pasaran…
Berita Global
  Selain varian sedia ada, Toyota turut memperkenalkan Yaris Premiere Edition yang sarat dengan…
Berita Global
Siapa sangka, kereta yang paling laris terjual di Eropah itu kini sudah pun memasuki generasi…