Toyota Yaris Hybrid guna 3.3L petrol untuk 100km, jimat sangat!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota nampaknya memberikan tanggungjawab besar kepada Yaris baharu. Model ini perlu memenuhi selera pengguna segmen B dan bakal digunakan di dalam Kejohanan Rali Antarabangsa (WRC).

Juga melalui Yaris, Toyota bukan setakat mahu hasilkan varian terkuat GR Yaris 1.6 turbo 4WD (268hp/370Nm) tetapi varian menjimatkan. 

Ini lah yang bakal dipersembahkan apabila Toyota melancarkan Yaris Hybrid di Australia pada Mei depan.

Model itu menggunakan nadi kuasa 1.5 liter hibrid dengan kadar penggunaan minyak 3.3 liter untuk 100 km perjalanan*.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota GR Yaris

 

Kadar penggunaan minyak tersebut ternyata menjimatkan dan menunjukkan versatiliti pada Yaris dan kemampuan teknologi Toyota.

Berdasarkan pemerhatian, gaya pemanduan dan faktor lain akan mempengaruhi penggunaan minyak sebenar oleh pemilik namun apa yang jelas ialah Toyota berani mengisytiharkan kadar penggunaan tersebut.

Selain menjimatkan, Yaris Hybrid juga bakal dilengkapi teknologi keselamatan canggih seperti sistem pra-pelanggaran dan kawalan jelajah aktif.

Tidak dilupakan dinamika pemanduan Yaris yang menggunakan platform baharu GA-B dengan pusat graviti yang rendah.

 

Toyota Yaris Hybrid

 

Toyota belum mendedahkan butiran lanjut mengenai Yaris Hybrid ini namun kadar penggunaan minyaknya sudah mengujakan untuk diketahui lebih lanjut.

Dengan pengenalan Yaris Hybrid ini, Toyota Australia akan menamatkan penjualan Prius c yang sudah berada di pasaran sejak 2012 lagi. 

*Sumber: ADR81/02 kombinasi (liter/100km) untuk model automatik.

Penulis: Muhammad Md Tajudin