Toyota Yaris GR-4 - hot hatch dengan kit badan lebar, sistem pacuan AWD!

oleh Mohamad Hanif|
Memandangkan hasrat untuk memperkenalkan Toyota Yaris GR-4 pada Rali Australia bulan lalu tidak kesampaian, ini memberikan lebih masa kepada Toyota untuk mendedahkan video acah sebelum pengenalan sebenar sedikit masa lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apa yang lebih jelas info yang terdapat pada video ini adalah sistem pacuan AWD yang bakal dilengkapkan pada hatchback ini, serta fizikal yang lebih lebar berbanding Yaris standard. 

 


Dalam satu hantaran di Twitter, Toyota Gazoo Racing turut mengesahkan model hatchback yang diinspirasikan daripada sukan rali itu kini dalam fasa pengujian terakhir, memberikan bayangan pelancaran rasminya bakal berlaku dalam masa terdekat. 

Tiada sebarang info lanjut berkenaan sistem trenkuasa, namun sebuah laporan daripada media Jepun mencadangkan bahawa kemungkinan besar Toyota bakal menggunakan enjin tiga silinder sebaris berkuasa turbo.
 


Terdapat juga desas desus yang menyebut varian Yaris GR-4 yang lebih serius mungkin juga akan ditawarkan bagi mana-mana pihak yang mahu bertanding di dalam kelas WRC R5 dan All Japan Rally Championship.

Toyota Yaris generasi baharu dibangunkan berdasarkan platform TNGA-B serba baharu dengan titik graviti yang lebih rendah dan memberikan dinamik pemanduan yang lebih baik berbanding model terdahulu. 

 

 

Baca: Toyota Yaris generasi baharu

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tidak seperti model negara jiran yang telah mendapat muka baharu, Yaris IMP 2023 untuk pasaran…
Berita Global
  Selain varian sedia ada, Toyota turut memperkenalkan Yaris Premiere Edition yang sarat dengan…
Berita Global
Siapa sangka, kereta yang paling laris terjual di Eropah itu kini sudah pun memasuki generasi…