Toyota Yaris dipilih sebagai European Car of The Year 2021

oleh Mohamad Hanif|
Hatchback segmen B Toyota Yaris telah dipilih untuk merangkul anugerah European Car of The Year 2021 yang diadili oleh 59 orang juri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berdasarkan kiraan undi, Toyota Yaris yang dibangunkan daripada platform TNGA itu memperoleh skor sebanyak 266 mata, dan 14 undian terbaik, sementara tempat kedua pula disandang oleh Fiat 500 dengan pungutan mata 240 mata dan sembilan undian terbaik.

Pesaing-pesaing bagi merebut gelaran European Car of The Year 2021 juga bukan calang-calang, seperti Cupra Formentor (239 mata), Volkswagen ID.3 (244 mata), Skoda Oktavia (199), Land Rover Defender (164) dan Citroen C4 (143).

Lebih menarik, model-model dari segmen premium seperti Audi A3, BMW 4-Series dan Mercedes-Benz S-Class tidak berpeluang memasuki senarai akhir yang didahului oleh Toyota Yaris itu.

 


Menurut kenyataan daripada pihak menganjur, Toyota Yaris dipilih sebagai pemenang disebabkan ia menampilkan elemen yang matang dan diperhalusi untuk setiap aspek yang dipertandingkan - penampilkan, kualiti, keselamatan, keselesaan, prestasi dan pengendalian.

Toyota Yaris juga turut dipuji kerana ditawarkan dengan enjin yang bertenaga, selain daripada kehadiran teknologi hibrid, serta varian GR yang lebih berkuasa itu.

Secara keseluruhannya, Toyota Yaris merupakan sebuah model all-rounder yang sangat bagus di dalam kelasnya yang menawarkan ciri keselamatan terbaik, selain menawarkan pemanduan yang lebih menyeronokkan, jimat bahan api dan mudah dipercayai.

Sebagai makluman, Toyota Yaris juga baru-baru ini dinobatkan sebagai kenderaan paling laris terjual di Eropah.

Baca: Toyota Yaris 2020 TNGA

Baca: Toyota Yaris kereta terlaris Eropah 2021

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tidak seperti model negara jiran yang telah mendapat muka baharu, Yaris IMP 2023 untuk pasaran…
Berita Global
  Selain varian sedia ada, Toyota turut memperkenalkan Yaris Premiere Edition yang sarat dengan…
Berita Global
Siapa sangka, kereta yang paling laris terjual di Eropah itu kini sudah pun memasuki generasi…