Toyota Yaris Crossover dilancarkan di Taiwan!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam usaha untuk menarik lebih ramai golongan muda, Toyota Taiwan telah melancarkan model baharu Yaris Crossover yang dibangunkan berdasarkan hatchback Yaris.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berbeza daripada model asas, Yaris Crossover menerima sistem gantungan yang lebih sporty bagi memberikan jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi, iaitu 210 mm bagi membantu penglihatan yang lebih jelas ketika memandu.
 


Elemen-elemen tipikal crossover ditampilkan seperti penggunaan cladding hitam pada arca roda, plet pelindung di bahagian bumper, serta layangan warna dua tona. 

Crossover segmen B ini mewarisi ciri keselamatan yang ada pada Yaris hatchback seperti tujuh beg udara SRS, bantuan mula mendaki (HAC), sistem kawalan anti gelincir (TRC), sistem kestabilan kenderaan (VSC) serta kehadiran lampu nyalaan siang jenis LED. 
 


Manakala enjin 2NR-FE bersesaran 1,496 cc Dual VVT-i (107 PS/140 Nm) masih lagi menjadi kegemaran Toyota untuk digunakan pada Yaris Crossover dan digandingkan dengan transmisi Super CVT-i. 

Yaris Crossover didatangkan dalam empat warna menarik, iaitu Glamour Red, Star Blue, Snow White dan Star Ash. 


Di Malaysia, beberapa bulan yang lalu sebuah Yaris hatchback telah dikesan sedang diuji, mengesahkan bahawa pesaing kepada Perodua Myvi, Proton Iriz dan Honda Jazz (sekadar menyebut beberapa jenama) bakal mengacau pasaran sedia ada. 

Melihatkan kepada peningkatan unit jualan segmen crossover/SUV gaya hidup masa kini, mungkin ada baiknya sekiranya UMW Toyota Motors membawa masuk model crossover ini bersama-sama model hatchback. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tidak seperti model negara jiran yang telah mendapat muka baharu, Yaris IMP 2023 untuk pasaran…
Berita Global
  Selain varian sedia ada, Toyota turut memperkenalkan Yaris Premiere Edition yang sarat dengan…
Berita Global
Siapa sangka, kereta yang paling laris terjual di Eropah itu kini sudah pun memasuki generasi…