Ini kerana Toyota telah pun secara rasmi melancarkan Toyota Yaris Cross di Jepun dan memulakan penjualannya pada 31 Ogos.
Dari segi penawaran, Toyota Yaris Cross diberikan dua pilihan trenkuasa, di mana model asas mendapat enjin tiga silinder 1.5 liter Dynamic Force (118 hp/145 Nm), sistem transmisi Direct Shift CVT serta sistem pacuan roda hadapan atau semua roda dengan fungsi 'Multi-Terrain Select'.
Manakala model hibrid pula menerima nadi 1.5 liter petrol (90 hp/120 Nm) yang dipadankan dengan motor elektrik (79 hp/141 Nm), serta sistem pacuan semua roda E-Four yang menjanjikan penggunaan bahan api serendah 3.2 liter untuk setiap 100 km (data WPTP).
Walaupun bersifat sebuah crossover kecil, Yaris Cross mampu memuatkan sehingga 390 liter barangan di belakang, tempat duduk belakang boleh dilipat 40:20:40, serta lantai kargo yang boleh dilaras ketinggiannya.
Namun, secara asasnya kesemua model didatangkan dengan ciri seperti paparan berbilang informasi TFT berwarna, Display Audio (DA), serta Data Communication Module (DCM) yang merangkumi sambungan kepada SmartDeviceLink (SDL), Apple CarPlay dan Android Auto.
Ciri keselamatan Toyota Safety Sense juga turut didatangkan sebagai ciri standard (kecuali model asas), namun Toyota turut menawarkan pakej tambahan yang merangkumi:
- Toyota Teammate Advanced Park
- Full Speed Range Radar Cruise Control
- Lane Tracing Assist
- Adaptive Hi-beam System
- Pre-collision Safety System
- Low Speed Acceleration Control
- Emergency Steering Assist
- Road Sign Assist
Harga jualan untuk Toyota Yaris Cross bermula dari 1,798,000 yen (RM70,689) untuk model asas enjin NA pacuan roda hadapan, sehingga 2,815,000 yen (RM110,674) untuk model hibrid E-Four.