Toyota Yaris Cross 2023 rasmi di Indonesia, pilihan enjin 1.5 liter NA atau hibrid, dari RM106k

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: Autonetmagz
PT Toyota Astra Motor baru-baru ini secara rasmi melancarkan SUV terbaharu mereka untuk pasaran Indonesia, iaitu Toyota Yaris Cross 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Berbanding Yaris Cross yang terjual di beberapa pasaran, Yaris Cross serba baharu untuk pasaran Indonesia ini membawakan ukuran yang lebih besar, iaitu 4,310 mm panjang, 1,770 mm lebar, 1,615 mm tinggi sementara jarak antara roda sepanjang 2,620 mm.

Ini bermakna, Yaris Cross diposisikan di bawah model Corolla Cross yang memiliki ukuran 4,460 mm x 1,825 mm x 1,620 mm dengan jarak antarar roda 2,640 mm.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AutonetMagz (@autonetmagz)


Selain itu, Toyota menawarkan pilihan trenkuasa yang berlainan berbanding apa yang ditawarkan pada Yaris Cross sedia ada.

Yaris Cross spesifikasi Indonesia ini dijana dengan enjin 1.5 liter kod 2NR-VE yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 104.6 hp dan daya kilas 138 Nm, sementara versi hibrid 2NR-VEX dikatakan mampu menghasilkan kuasa 110 hp.

Sistem transmisi adalah jenis CVT untuk varian hibrid, sementara varian standard dibekalkan dengan tambahan transmisi manual lima kelajuan.

Harga jualan anggaran dikatakan bermula dari Rp 350 juta (RM106,334) untuk versi 1.5 liter NA, sementara varian hibrid pula bermula dari Rp 450 juta (RM1366,715).

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by AutonetMagz (@autonetmagz)


Lebih banyak butiran spesifikasi lanjut bakal menyusul.

Persoalannya sekarang, adakah ini asas kepada SUV baharu Perodua D66B yang bakal dilancarkan kelak?

Sumber: CNN Indonesia

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Menurut Penganalisis Kenanga Research, Wan Mustaqim Wan Ab Aziz, mendedahkan kehadiran Sime Darby…
Berita Global
Dari segi dimensi, Lexus LBX diposisikan di bawah model Lexus UX, sekaligus bertindak sebagai model…
Berita Global
Sudah pasti anda tertanya-tanya apakah perbezaan antara model yang baru dilancarkan ini dengan…