Toyota Yaris Cross 2023 masuk pasaran Thailand, enjin 1.5L hibrid, dari RM101k

oleh Mohamad Hanif|
Crossover segmen B Toyota Yaris Cross akhirnya secara rasmi dilancarkan di pasaran Thailand setelah membuat kemunculan di Indonesia pada pertengahan tahun yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menariknya, kesemua varian yang ditawarkan di pasaran tersebut hanya dilengkapi dengan trenkuasa hibrid 1.5 liter sahaja.

Nadi yang dimaksudkan itu merupakan enjin 1.5 liter 2NR-VEX yang mampu menjana kuasa setinggi 90 hp @ 5,000 rpm dan 121 Nm @ 4,000-4,800 rpm, dipadankan dengan motor elektrik 79 hp/141 Nm dan bateri lithium-ion 4.3 Ah.
 

yaris


Secara keseluruhan, Yaris Cross hibrid ini mampu menghasilkan kuasa 110 hp, dengan kadar penggunaan bahan api sekitar 3.80 liter untuk setiap 100 km dan tangki bahan api sebesar 36 liter.

Antara kelengkapan standard untuk Yaris Cross termasuklah sistem lampu LED automatik, lampu belakang LED, lampu kabus dan DRL LED, rim aloi bersaiz 17 inci, serta sistem kemasukan tanpa kunci.
 

Yarios


Sementara ruang kabin mendapat upholsteri kulit sintetik, skrin kluster digital tujuh inci, skrin infohibur sebesar 10.1 inci yang dipadankan dengan sistem audio enam pembesar suara, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, penapis udara PM2.5, brek parkir elektronik dan sistem pendingin hawa automatik.

Varian pertengahan mendapat tambahan ciri seperti rel bumbung, rim aloi 17 inci dua tona, tempat duduk pemandu larasan lapan tahap, tambahan penderia parkir hadapan, kamera perakam video dan kelengkapan Toyota Safety Sense.

Varian tertinggi Premium Luxury pula mendapat ciri unik seperti rim aloi dua tona 18 inci, lampu selamat datang, bumbung panorama, sistem audio Pioneer, pad pengecasan tanpa wayar Qi, pintu tailgate berkuasa, sistem pemantauan tekanan tayar, serta sistem kamera keliling panorama.
 

yaris


Dari segi dimensi, Yaris Cross ini membawakan ukuran sepanjang 4,310 mm, lebar 1,770 mm, tinggi 1,615 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,620 mm - bermakna ia dikategorikan di dalam SUV segmen B yang jauh lebih besar berbanding Toyota Raize (dan Perodua Ativa).

Yaris Cross menawarkan jarak lega bumi setinggi 210 mm, dengan radius putaran sekecil 5.2 meter.

Toyota Thailand turut menawarkan dua pakej aksesori kit badan iaitu Urban Sport dan Modellista untuk pembeli Yaris Cross baharu ini.
 

yaris


Harga jualan Toyota Yaris Cross bermula dari 789,000 baht (RM100,798) untuk versi HEV Smart, diikuti 849,000 baht (RM108,463) untuk HEV Premium, dan 899,000 baht (RM114,851) untuk HEV Premium Luxury.
 
Toyota Yaris Cross 2023 sebelum ini digembar-gemburkan sebagai salah satu model yang bakal memasuki pasaran Malaysia sebagai sebuah model berlencanakan Perodua (kod nama D66B) pada tahun hadapan.

Buat masa ini, tiada sebarang petunjuk jelas bilakah Perodua akan melancarkan model terbaharu mereka.

Aakah ia akan turut ditawarkan sekali sebagai sebuah model baharu di bawah portfolio produk UMW Toyota?