Toyota Yaris bakal mencabar segmen B hatchback Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang didedahkan secara ringkas pada satu majlis penghargaan bersama media, UMW Toyota mengesahkan mereka bakal melancarkan sebuah hatchback segmen B tidak lama lagi. 

Vios hatchback, atau nama sebenarnya Toyota Yaris difahamkan akan hadir ke pasaran Malaysia sekitar suku kedua tahun 2019.
 


Ia bakal dipasang secara tempatan (CKD) di fasiliti pemasangan yang baharu Assembly Services Sdn Bhd yang terletak di Bukit Raja, Klang di mana Vios juga dipasang di kilang yang sama. 

Dari segi luaran, Toyota Yaris bakal membawakan rekaan front fascia yang sama seperti Vios 2019, serta mewarisi enjin 1.5 liter 2NR-FE DOHC dan Dual VVT-i yang mampu menghasilkan 107 PS dan 140 Nm daya kilas.
 


Jika di pasaran luar, enjin ini digandingkan bersama transmisi manual, berkemungkinan besar pasaran Malaysia hanya akan mendapat transmisi CVT berdasarkan trend yang ditunjukkan oleh pasaran semasa. 

Dengan adanya pendatang baharu di dalam hatchback segmen B, mampukah ia memberikan saingan kepada Perodua Myvi, Honda Jazz serta Proton Iriz yang bakal menerima versi facelift tidak lama lagi?

Sumber gambar: Paultan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sesuai dengan namanya, Yaris G Limited hanya akan ditawarkan sebanyak 600 unit terhad sahaja dengan…
Berita Domestik
Tidak seperti model negara jiran yang telah mendapat muka baharu, Yaris IMP 2023 untuk pasaran…
Berita Global
  Selain varian sedia ada, Toyota turut memperkenalkan Yaris Premiere Edition yang sarat dengan…