Toyota Yaris 2023 facelift muncul di Thailand - dari RM72k

oleh Mohamad Hanif|
Tidak seperti 'kembar' sedannya Vios (atau nama lain Yaris Ativ), Toyota Yaris hatchback masih lagi belum bersedia untuk menerima penggunaan platform baharu buat masa ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di negara jiran, Toyota Motor Thailand telah melancarkan versi facelift ringan untuk Toyota Yaris tahun 2023 yang lebih bersifat kosmetik.
 

Yaris


Disebabkan itu, Yaris Thailand masih lagi mengekalkan enjin 3NR-VE 1.2 liter yang mampu menjana kuasa setinggi 92 PS dan daya kilas 109 Nm yang dipadankan dengan transmisi CVT.

Perubahan besar yang boleh dilihat adalah dari segi rupa hadapan, di mana Yaris 2023 menampilkan unit lampu LED yang lebih tajam, diikuti dengan bampar depan yang lebih agresif.
 

Facelift


Sementara bahagian belakang masih lagi mengekalkan rekaan lampu yang sama, namun rekaan bahagian bampar telah dikemaskini dengan kehadiran diffuser mini serta liang udara sisi palsu.

Kemasan dalam kabin juga adalah hampir sama dengan versi terdahulu, namun rekaan tempat duduk diberikan nafas baharu, diikuti dengan penawaran trim yang lebih premium serta kehadiran slot USB C.

Dua varian tertinggi mendapat skrin infohibur tengah bersaiz sembilan inci, atau lapan inci untuk model Smart dan tujuh inci untuk versi asas.
 

Yaris


Kesemua unit datang dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, kecuali varian asas, diikuti paparan berbilang info Optitron, serta sistem kemasukan tanpa kunci.

Dari segi keselamatan pula, secara standard Toyota Yaris mendapat ciri seperti ABS, EBD, Bantuan Mula Mendaki, Bantuan Brek, serta Kawalan Cengkaman, sementara dua varian tertinggi pula didatangkan dengan ciri keselamatan aktif seperti:

  • Sistem Pra-Pelanggaran
  • Amaran Keluar Lorong
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang
  • Sistem Pemantauan Titik Buta

Untuk mereka yang mahukan kelainan, Toyota Thailand turut menawarkan sehingga tiga pakej kosmetik iaitu Lusso, Chiaro dan juga Presto, serta pelbagai jenis aksesori yang boleh dipilih.
 

Yaris


Yaris 2023 facelift ini dijual pada harga bermula dari 559,000 baht (RM72,129), sementara varian tertinggi pula berharga dari 694,000 baht (RM89,549).

Jika dibandingkan dengan Yaris terdahulu, Yaris 2023 mengalami kenaikan antara 10,000 hingga 15,000 baht bergantung kepada varian.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tidak seperti model negara jiran yang telah mendapat muka baharu, Yaris IMP 2023 untuk pasaran…
Berita Global
  Selain varian sedia ada, Toyota turut memperkenalkan Yaris Premiere Edition yang sarat dengan…
Berita Global
Siapa sangka, kereta yang paling laris terjual di Eropah itu kini sudah pun memasuki generasi…