Toyota Yaris 2020 - platform TNGA, hanya untuk pasaran Jepun & Eropah sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Bagi anda yang menyangka ia adalah model Yaris yang sama seperti pasaran Malaysia dapat, anda salah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Toyota Yaris sebenarnya didatangkan dalam tiga bentuk badan yang sangat berbeza, di mana pasaran Amerika menerima model yang diasaskan daripada Mazda2, sementara Yaris pasaran Malaysia pula berkongsi platform yang sama dengan Toyota Vios (XP150). 
 


Manakala Toyota Yaris yang baharu sahaja diperkenalkan ini dikhususkan buat pasaran Jepun dan Eropah di mana ia merupakan generasi keempat yang dibina berdasarkan platform TNGA-B - model pertama yang menggunapakai pelantar GA-B ini. 

Dari segi dimensi, ia adalah lebih pendek, lebih rendah namun dengan lebar yang lebih panjang berbanding generasi terdahulu, namun masih mengekalkan ruang dalaman yang luas, terima kasih kepada posisi duduk yang lebih rendah.

Ia secara tidak langsung memberikan Yaris titik graviti yang lebih rendah, sekaligus membantu pengendalian yang lebih baik berbanding model terdahulu. 

Penampilan di luar tampak lebih garang dengan penggunaan lampu LED depan dan belakang yang lebih tajam, arca roda yang lebih berbentuk, garisan bonet yang panjang serta rekaan bumper yang lebih sporty.
 

 

Sementara itu, ruang dalaman pula menggunakan prinsip "less-is-more", menampilkan penggunaan bahan trim berkualiti tinggi serta panel instrument daripada bahan sentuh lembut (soft touch) - pertama untuk Yaris. 

Dengan ini, ia memberikan kualiti yang lebih baik dari segi sentuhan, operasi dan juga NVH yang ditawarkan oleh hatchback ini. 

Tidak hanya tempat duduk yang direndahkan, papan pemuka juga kini diposisikan lebih rendah bagi menawarkan ruang penglihatan yang lebih baik. 

Segala informasi dipaparkan menerusi skrin tengah Toyota Touch, dua meter digital di bahagian pemandu dan sebuah paparan head-up bersaiz 10 inci. 
 


Bergantung kepada pasaran, Toyota Yaris dibekalkan dengan enjin hibrid Dynamic Force 1.5 liter serba baharu, serta enjin petrol 1.0 liter tiga silinder dan 1.5 liter. 

Teknologi generasi keempat sistem hibrid yang mampu mengecas dengan sendiri turut dibawakan secara terus daripada adik beradik yang lebih besar seperti Corolla, Camry dan RAV4.

Sistem ini memadankan enjin tiga silinder 1.5 liter Dynamic Force kitaran Atkinson itu dengan motor elektrik berkuasa 79 hp dan pek bateri yang lebih besar, memberikan output gandingan sebanyak 113 kuasa kuda. 

Selain daripada itu, Toyota juga memberikan sistem elektrik empat roda (E-FOur) yang pertama untuk sebuah kereta subkompak untuk varian Yaris Hibrid di Jepun. 

 


Aspek keselamatan turut dititikberatkan dengan kehadiran ciri Toyota Safety Sense (TSS) yang merangkumi ciri kawalan pelayaran adaptif kelajuan penuh, bantuan pemusatan laluan serta beg udara tengah bagi melindungi penumpang hadapan dalam pelanggaran sisi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Tidak seperti model negara jiran yang telah mendapat muka baharu, Yaris IMP 2023 untuk pasaran…
Berita Global
  Selain varian sedia ada, Toyota turut memperkenalkan Yaris Premiere Edition yang sarat dengan…
Berita Global
Siapa sangka, kereta yang paling laris terjual di Eropah itu kini sudah pun memasuki generasi…