Toyota Vios (Yaris ATIV) generasi baharu muncul 9 Ogos ini

oleh Mohamad Hanif|
Toyota dilapor bakal melancarkan sedan segmen B generasi baharu Toyota Vios (atau nama lainnya Yaris ATIV di Thailand) pada bulan depan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berdasarkan laporan daripada Headlightmag, Toyota Thailand turut sama mendedahkan sebuah video acah berdurasi 15 saat yang memaparkan rupa paras sebenar sedan yang bakal menjadi pesaing kepada Honda City, dan juga Nissan Almera.
 

VIOS


Laporan media antarabangsa turut mendakwa Vios baharu ini akan dibangun berdasarkan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang menampilkan rekaan luaran lebih elegan.

Video pendek tersebut memaparkan rupa depan Vios dengan unit lampu utama yang agak tajam, bukaan gril hadapan yang besar, serta garis bumbung yang lebih melandai ke belakang.
 

Vios


Sementara unit lampu belakang pula menampilkan rekaan yang lebih elegan, lampu membelok jenis sekuential, serta tidak ketinggalan kehadiran tingkap suku yang memberikan petanda ruang kabin yang lebih luas penawarannya. Ada kemungkinan jarak antara roda untuk Vios baharu lebih panjang berbanding Vios sedia ada.

Ruang kabin pula menampakkan pendekatan berbeza, di mana Toyota kini menggunakan warna-warna yang lebih premium, dengan rekaan roda stereng yang diambil daripada model Toyota Raize/Daihatsu Rocky/Perodua Ativa, diikuti dengan skrin infotainmen terapung, serta sistem kawalan iklim digital.
 

Vios


Laporan Headlightmag mendedahkan Vios baharu ini akan ditawarkan dengan dua jenis trenkuasa berbeza.

Untuk permulaan, Vios generasi baharu ini akan didatangkan dengan nadi 1.2 liter DOHC yang telah ditala semula untuk menghasilkan kuasa yang lebih tinggi berbanding Yaris ATIV sedia ada (92 hp/109 Nm), manakala untuk pasaran Malaysia berkemungkinan besar akan mengekalkan penawaran enjin 2NR-FE (109 PS/140 nm).
 

Vios


Untuk tahun 2023, Vios nampaknya bersedia untuk mencabar City e:HEV dengan pengenalan model 1.5 liter hibrid THS-II.

Tiada sebarang info berkenaan trenkuasa ini, namun sebagai makluman Toyota ada melancarkan beberapa model di luar dengan enjin 1.5 liter hibrid.
 

Vios


Seperti contoh, Toyota Aqua dengan nadi Dynamic Force 1.5 liter M15A-FXE digandingkan dengan motor elektrik (79 hp) menghasilkan output keseluruhan 114 hp.

Ini merupakan enjin yang sama wujud pada model Yaris TNGA dan SUV Yaris Cross dengan kadar penggunaan bahan api serendah 2.79 liter/100 km.

 


Generasi baharu Toyota Vios bakal memunculkan diri pada 9 Ogos ini.

Sumber: Headlightmag

Berita Berkenaan

Informasi
Bukan itu sahaja, sejak generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2003, ia kekal menjadi sedan…
Sukan Bermotor
Perlumbaan 1 pada hari Sabtu (3 Jun) menyaksikan pelumba muda memberikan saingan sengit kepada…
Sukan Bermotor
2 perlumbaan pusingan 2 yang berlangsung pada hujung minggu lepas (19-21 Mei) di Chang…