Toyota Vios pilihan Hafizh Syahrin di perlumbaan S1K hujung minggu ini

oleh SALINA JALIL|
Perlumbaan Endurance 1,000km Sepang (S1K) edisi ke-11 hujung minggu ini akan menampilkan kelainan apabila pelumba dua roda negara, Hafizh Syahrin Abdullah bakal menyertai saingan kompetitif dengan memandu kereta buat julung kalinya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Hafizh mula berlatih bersama pasukannya Hi-Rev SIC Dream Chaser seminggu sebelum perlumbaan terakhirnya dalam kelas MotoGP di Grand Prix (GP) Valencia baru-baru ini sebagai platform awal mengetahui lebih lanjut selok belok perlumbaan kereta di Litar Antarabangsa Sepang. 

 

hafizh

 

Beliau akan menggunakan Toyota Vios bernombor 910 sebagai persediaan mengharungi saingan Kejuaraan Dunia Piala Touring Car (WTCR) di Sepang dari 13 hingga 15 Disember ini.
 

 

Beliau turut berkata peralihan daripada dua roda kepada empat roda adalah sesuatu yang berbeza secara taktikal dan juga strategi. 

 

"Saya perlu membuat persediaan dari sudut mental dan fizikal. Saya perlu menyesuaikan diri dengan pelbagai fleksibiliti yang berbeza serta pergerakan jentera empat roda di trek.

 

"Hujung minggu ini, Hafizh bakal bergandingan bersama rakan pasukan yang juga anak kepada bekas pelumba Formula Satu (F1), Alex Yoong, Alister Yoong selain bakat muda sedang meningkat naik berusia 17 tahun, Bradley Benedict Anthony. 

 

hirev

 

Selain pasukan Hi-Rev SIC Dream Chaser dalam senarai penyertaan bagi kelas M-Production, turut menyertai perlumbaan adalah Proton R3, BHP Petrol Team, OD Racing, Tedco Racing, Daniel Rein Ooi, N1 Racing, Keno SRT Motorsport, Team RS Autosport, Phillips 66, HMRT (Honda Malaysia Racing Team), Kegani Racing, DV Motorsport dan Wing Hin.RWorks, Riyoz Racing, HIREV SIC Dream Chaser, Team SSAD Associates, ST Wangan, BHP Petrol Racing Team, OD Racing, Daniel Rein Ooi, 23 Motors, 778 Autosport, TMP Piston Project, Mashlino, Salwal dan Keno SRT Motorsport adalah antara pasukan yang beraksi dalam kelas S-Production.

 

Kira-kira 72 kereta bakal menghangatkan litar Sepang bagi perlumbaan ini.

 

 

 

 

Sumber: Berita Harian

Gambar: Berita Harian , SIC dan IG Hi-Rev

Berita Berkenaan

Informasi
Bukan itu sahaja, sejak generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2003, ia kekal menjadi sedan…
Sukan Bermotor
Perlumbaan 1 pada hari Sabtu (3 Jun) menyaksikan pelumba muda memberikan saingan sengit kepada…
Sukan Bermotor
2 perlumbaan pusingan 2 yang berlangsung pada hujung minggu lepas (19-21 Mei) di Chang…