Mangsa maut dikenal pasti sebagai Aieman Azriq Ahmad, 22, Nurul Fazilah Noor Azmi, 22, Aryan Kasyaf Abdul Razzaq, 3, dan seorang lelaki yang dipercayai rakan kepada Aieman Azriq belum dikenal pasti identitinya.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman, berkata mereka yang maut adalah mangsa menaiki kereta jenis Toyota Vios, termasuk bayi berusia lima bulan, yang berlanggar dengan lori Isuzu.
Beliau berkata, pemandu wanita dan semua penumpang kereta itu yang mengalami kecederaan parah di bahagian badan serta kepala, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mayat semua mangsa itu telah dirujuk ke Unit Forensik, Hospital Kota Tinggi, untuk prosedur siasatan.
"Kes masih dalam siasatan polis mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan.
- salam takziah kepada keluarga mangsa yang terbabit -