Toyota Vios facelift mendarat di Filipina - perubahan bersifat kosmetik

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa gambar teaser diperlihatkan, Toyota akhirnya secara rasmi melancarkan model facelift sedan segmen B Toyota Vios yang disiarkan menerusi laman rasmi Facebook Toyota Motor Philippines.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Beberapa perubahan bersifat kosmetik boleh dilihat pada model facelift ini seperti pemakaian bumper rekaan baharu depan dan belakang, di mana rekaan gril hadapan kini dilayangkan dengan warna hitam berkilat.

Terdapat juga kemasan berbentuk liang udara palsu di bahagian kiri dan kanan bumper hadapan.
 


Selain daripada itu, lampu utama telah diberikan nafas baharu, menampilkan lampu jenis reflektor LED dengan susunan tiga tingkat dan lampu nyalaan siang jenis LED berbentuk L.

Ruang kabin pula tidak menampakkan sebarang perubahan yang ketara, di mana sistem infotainmen pula adalah bersaiz tujuh inci dengan ciri kemasukan Smart Entry, butang penghidup enjin dan dua mod pemanduan Sport dan Eco.

 


Dari segi keselamatan, Vios facelift ini hadir dengan sistem ABS, EBD, kawalan kestabilan kenderaan, bantuan mula mendaki, tujuh beg udara serta sokongan kamera undur.

Terdapat dua pilihan enjin, di mana lima varian permulaan didatangkan dengan enjin 1NR-FE 1.3 liter empat silinder sebaris yang mampu menghasilkan 99 PS dan 123 Nm serta padanan sistem transmisi manual lima kelajuan atau CVT.

Manakala model paling premium pula hadir dengan nadi 2NR-FE 1.5 liter yang mampu menghasilkan 107 PS dan 140 Nm yang digandingkan dengan transmisi manual atau CVT.

 


Harga jualan Toyota Vios facelift di Filipina bermula dari P671,000 (RM57,974) untuk Vios 1.3 Base manakala versi tertinggi Vios 1.5G CVT pula dijual pada harga P1,071,000 (RM92,533).

Berita Berkenaan

Berita Global
Dari segi penampilan, kedua-dua Yaris dan Yaris Ativ membawakan perubahan yang identikal, terutama…