Toyota Vios 2018 lebih berbaloi untuk dimiliki

oleh SALINA JALIL|
Tahun 2018 menyaksikan model popular Toyota Vios diberi peningkatan dengan lebih banyak aksesori dan penampilan yang lebih segar. Dengan tambahan aksesori yang dilakukan, Vios kini memberi lebih nilai dan kelebihan pada pemilikan serta menjadikan pemanduan lebih seronok.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Bagi varian paling tinggi, Vios TRD, kit badannya kini hadir dengan penampilan lebih sporty dengan jalur-jalur berwarna. Kit eksklusif berkenaan yang direka oleh TRD Asia, tidak hanya menawarkan imej yang lebih bergaya tetapi turut berfungsi untuk memberi manfaat dari sudut aerodinamik. Perumah cermin sisi kini disudahi dengan warna hitam untuk tampil lebih bergaya.

 

honey comb gril

 

Bagi varian selebihnya, kit badan rekaan terbaru dengan gril honeycomb digunakan, sesuai dengan peredaran gaya semasa. Bagi tahun 2018, rekaan ruang dalaman juga diberi sentuhan yang lebih segar dengan rekaan pembalut kerusi baru bagi varian-varian gred GX, E dan J. Pembalut kulit bagi tempat duduk varian GX turut dilengkapi liang udara untuk menjadikannya lebih selesa.

 

rear honey comb

 

 

Sensor parkir dipasang pada varian Vios 1.5 TRD, GX dan G untuk membantu pengguna meletakkan kenderaan dengan lebih mudah dan selamat. Sensor belakang sangat berguna ketika mengundurkan kenderaan, sementara sensor depan membantu untuk mengelakkan perlanggaran dengan objek yang boleh merosakkan bampar atau cat.

 

Semua varian Vios kini dilengkapi dengan antena Shark Fin kompak pada bumbung, sekali lagi mengikut peredaran gaya semasa. Pada varian TRD, antena berkenaan diberikan warna hitam untuk nampak lebih sporty, sementara pada varian lain ia mengikut warna badan kenderaan. Disebebkan rekaannya yang tirus dan rendah, antena jenis ini memberikan bunyi rintangan angin yang lebih rendah berbanding antena jenis biasa dengan tiang dawai yang lebih panjang, dan tidak perlu diturunkan sekiranya kenderaan melalui mesin basuh kenderaan automatik.

 

Plat penghadang juga dipasang pada bahagian dasar bukaan pintu untuk memberikan perlindungan kepada cat serta menyuntik kesegaran pada penampilannya. Kecuali bagi Vios 1.5 J, plat besi tahan karat itu disediakan bagi semua varian dan datang dengan pencahayaan khas ketika pintu dibuka. Bagi varian TRD, pencahayaan berkenaan adalah dalam warna amber, manakala yang lain-lain dalam warna putih.

 

Aksesori termaju seperti Peninjau Pandangan Panoramik, Perakam Video Digital dan sistem infotainmen DVD-AVN yang lebih maju dengan skrin sentuh 7-inci serta sambungan kepada telefon pintar dan internet masih lagi ditawarkan pada Vios. Bagi pemilik Vios 1.5 J yang berhasrat untuk menaiktaraf sistem infotainmen, turut ditawarkan sebagai pilihan ialah sistem DVD-AVX dengan skrin sentuh 6.2-inci yang dilengkapi sambungan Bluetooth, HDMI, Voice Dial serta kamera undur.

 

new dashboard looks

 

Kos bagi aksesori ini boleh dimasukkan sekali ke dalam pinjaman sewa beli sekiranya dinyatakan ketika melakukan pembelian kenderaan. Semua ini akan dipasang oleh individu terlatih di pusat aksesori UMW Toyota Motor sendiri dan datang dengan jaminan terhadap sebarang kecacatan dari kilang.

 

Terdapat enam varian ditawarkan untuk dipilih dengan harga yang mampu milik, dari serendah RM74,980 (tanpa insurans). Bermula dari sekarang hingga hujung Februari 2018, pembeli model Vios baru ini akan jimat sehingga RM2,512 dan menerima ang pow sebanyak RM988, termasuk aksesori percuma. Semua tawaran ini hanya untuk varian-varian terpilih dan tertakluk kepada terma dan syarat, dan sementara stok masih ada.

Semua model Toyota datang dengan jaminan 5-tahun tanpa had perbatuan sebagai kelebihan bagi pengalaman pemilikan yang lebih menyenangkan. Jaminan itu juga turut sah bagi pemilik seterusnya, asalkan ia masih berada dalam tempoh 5-tahun pertama perlindungan berkenaan, sekaligus memberikan nilai tambah kepada kenderaan ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan Vios terbaru  ini serta tawaran istimewa sempena Tahun Baru Cina, pelanggan boleh berkunjung ke mana-mana bilik pameran Toyota yang turut menyediakan sesi pandu uji atau layari toyota.com.my.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,875 unit terdiri daripada kenderaan berjenama Toyota, manakala…
Informasi
Dalam tempoh 55 tahun, Corolla telah membuktikan keampuhannya dengan lebih 50 juta unit telah…
Berita Domestik
Disebabkan itu, ramai di antara kita yang masih lagi setia dengan Toyota, satu jenama yang tidak…