Toyota Veloz catat tempahan 5,200 unit, bakal dilancarkan tidak lama lagi

oleh Mohamad Hanif|
Model baharu yang bakal dilancarkan oleh UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) tidak lama lagi, iaitu Toyota Veloz kini mencatatkan jumlah tempahan sebanyak 5,200 unit.

Pengenalan model MPV tujuh tempat duduk itu dijangka akan menjadi detik penting buat UMWT, di mana syarikat itu yakin Veloz akan menjadi model  yang popular di kalangan rakyat Malaysia dengan pakej premium, ciri termaju dan ditambah pula dengan kualiti dan kebolehpercayaan Toyota yang dikenali umum.

Dalam pada itu, UMWT turut mengumumkan rekod baharu jualan bagi kenderaan Toyota sepanjang bulan Ogos 2022, di mana sebanyak 8,961 unit telah berjaya dijual, diikuti 130 unit model jenama Lexus.
 

Hilux


Secara keseluruhan, sebanyak 9,091 unit kenderaan Toyota dan Lexus telah didaftarkan, peningkatan sebanyak 62 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu (38,085 unit).

Menurut Presiden UMWT, Ravindran K menambah, "pasukan di UMWT amat berterima kasih atas sokongan yang kuat, dan kami sedang bekerja keras untuk menggandakan produksi bagi memastikan setiap pelanggan baharu mendapat unit masing-masing.

"Ini merupakan satu cara kami untuk menawarkan 'Extra Mile' dengan memberikan keutamaan dan tumpuan yang penuh kepada keperluan para pelanggan kami menerusi jualan dan penawaran selepas jualan.
 

Innova


UMWT juga turut mengumumkan kemaskini penawaran terhadap kenderaan dalam siri IMV (Innovative International Multi-Purpose Vehicle) iaitu Toyota Fortuner dan Toyota Hilux pada bulan September ini, dan Toyota Innova pada bulan Oktober di semua cawangan pengedarnya.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2016, ketiga-tiga model tersebut mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pelanggan disebabkan oleh kualiti, ketahanan dan kebolehpercayaannya.
 

Hilux


"Dengan tiga model yang telah dipertingkatkan ini, kami yakin dapat memenuhi permintaan yang tinggi dari pelanggan di Semenanjung dan juga Malaysia Timur, dalam masa yang sama dapat meningkatkan pegangan pasaran kami untuk tahun ini," jelasnya lagi.

Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan 2022 dan Hari Malaysia, UMWT akan menawarkan pakej tambah nilai untuk para pembeli model Vios dan Yaris (varian terpilih) bernilai sehingga RM4,000.

Maklumat lanjut boleh didapati di pusat pameran Toyota berdekatan dan promosi ini akan tamat pada hujung September ini.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Jumlah jualan tahunan sehingga kini yang didaftarkan untuk September 2022 berjumlah 70,872 unit…
Berita Domestik
Dengan tajuk ‘Pewaris Harapan Negara’, filem pendek ini memaparkan elemen patriotik yang…
Berita Domestik
  "Dengan penurunan kekurangan cip semikonduktor dan rantaian bekalan yang semakin pulih, kami…