Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan jam 7.20 pagi.
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Larkin dikejarkan ke lokasi diketuai Pegawai Bomba Kanan Satu, Haizrul Rahmat.
“Sebaik tiba di lokasi didapati tiga mangsa 2 wanita dan satu lelaki terperangkap dalam kenderaan terbabit dan berjaya mengeluarkan semua mangsa. Bagaimanapun semua mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai kesihatan,” katanya.
Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
Identiti mangsa yang maut telah dikenal pasti iaitu Chu Wei Yean, 28; Aw Siew Chern, 35 dan Chu Wan Rou, 31 tahun.
- salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat -