Toyota umum pelaburan RM1.64 bilion, bangunkan enjin empat silinder baharu di US

oleh Mohamad Hanif|
Pengumuman pelaburan terbaharu Toyota berjumlah $383 juta (RM1.64 bilion) untuk menghasilkan enjin empat silinder sebaris baharu seolah-olah memberikan nyawa baharu buat enjin pembakaran dalaman tatkala dunia berada dalam fasa peralihan kepada EV.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Nilai pelaburan tersebut akan ditaburkan kepada empat kilang Toyota yang terletak di Alabama, Kentucky, Missouri dan Tennesse.

Fasiliti Huntsville Alabama bakal menerima pecahan pelaburan terbesar berjumlah $222 juta untuk membina barisan produksi enjin empat silinder baharu yang akan digunakan pada kereta ICE tulen dan kenderaan hibrid.

Malah, keluasan kilang tersebut akan bertambah kepada 10,591 meter persegi, menandakan enam kali perubahan dibuat dalam tempoh 20 tahun dengan sasaran kapasiti pengeluaran 900,000 unit enjin setahun.

Nilai pelaburan selebihnya akan diagihkan kepada tiga fasiliti lain.
 

Dynamic Force


Fasiliti Troy, Missouri akan mendapat dana $109 juta untuk memperoleh peralatan baru bagi membina kepala enjin empat silinder sebaris, dengan kapasiti produksi yang jauh lebih banyak berbanding kapasiti sedia ada (3 juta unit setahun).

Toyota akan membelanjakan $36 juta untuk peralatan baharu bagi membina blok enjin di fasiliti Jackson, Tennessee, dengan sasaran pengeluaran melebihi dua juta unit blok setahun.

Selebihnya akan diberikan kepada fasiliti Georgetown, Kentucky bagi mengembangkan tahap fleksibiliti barisan produksi enjin empat silinder sebaris yang mampu memenuhi permintaan pelanggan.

Fasiliti Georgetown tersebut merupakan kilang terbesar Toyota di dunia yang mempunyai kapasiti produksi sehingga 600,000 unit enjin setahun, dan pada ketika ini memasang tujuh enjin empat silinder dan enam silinder sebaris bagi kenderaan Toyota dan juga Lexus.

Sumber: The Detroit Bureau

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Westports Holdings Sdn Bhd, operator untuk pelabuhan itu akan melabur sebanyak RM39.6 billion untuk…
Berita Global
Aion akan berkolaborasi dengan Indomobil Group yang berpengkalan di Jakarta untuk memasang EV di…
Berita Domestik
Kedua-dua firma berkenaan, masing-masing melabur sebanyak RM3 juta dan RM7 juta. Melalui suntikan…