Toyota umum lima pemenang utama Toyota Eco Youth 2020/2021

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota baru-baru ini mengumumkan lima pasukan teratas Program Toyota Eco Youth 2020/2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Secara keseluruhan, 16 pasukan terlibat di dalam program dengan format penganjuran dan pembentangannya telah dikemaskini akibat wabak pandemik COVID-19 yang melanda.

Berikut merupakan senarai pemenang:

1. Maktab Tentera Diraja, Kuala Lumpur (We-Sea-It Smart Tool)
2. SMAP Labu, Negeri Sembilan (UCOnverter Smart Tool)
3. SMK Kubang Kerian, Kelantan (Recybin App)
4. SMK Chung Hua, Sarawak (Recyclo Smart Tool)
5. SMJK Katholik, Selangor (MOSS AFV Smart Tools)

 


Sementara itu, SMK Saujana Utama, Selangor telah diumumkan sebagai Penglibatan Komuniti Terbaik manakala Cik Noor Liyana Shamsudin dari Maktab Tentera Diraja telah dianugerahkan sebagai Guru Sokongan Terbaik.

Tiga pelajar Agen M terbaik turut diumumkan iaitu Hani Nabila (SMAP Labu), Lim Bo Jing (SMJK Katholik), dan Muhammad Uwais Darwis (SMK Majakir, Sabah).


Untuk tahun 2021, jumlah hadiah wang tunai telah digandakan menjadi RM64,000, di mana pemenang utama membawa pulang RM20,000, RM15,000 untuk pemenang tempat kedua, RM10,000 untuk tempat ketiga, RM7,000 untuk tempat keempat dan RM5,000 tempat kelima.

Guru Sokongan Terbaik pula membawa pulang RM3,000 manakala RM1,000 diberikan kepada Penglibatan Komuniti Terbaik serta Agen M Terbaik.

 


TEY 2020/2021 yang dianjurkan pada tahun ini adalah bertemakan 'Reimagining Mobility' di mana para peserta dilatih dengan kemahiran pengurusan projek dan memanfaatkan Kaedah Penyelesaian Masalah cara Toyota.

Proposal menyeluruh daripada 16 pasukan yang terlibat dimuatnaik ke saluran media sosial, dan setiap pasukan juga mempunyai episod podcast yang dimuatkan ke dalam saluran khas Agency di Leaderonomics FM dan TEY Channel.

Majlis penutup diadakan secara langsung melalui platform maya yang dihadiri oleh Penolong Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), Kementerian Pendidikan, Dato' Haji Adzman bin Talib; Pengarah Pemasaran UMW Toyota Motor, Mohd Shamsor Mohd Zain; wakil-wakil Kementerian Pendidikan serta UMW Toyota Motor.