Toyota umum harga jualan GR Corolla 2023 - dari RM161,500 di Amerika Syarikat

oleh Mohamad Hanif|
Setelah dilancarkan secara rasmi pada bulan Mac yang lalu, Toyota akhirnya mengumumkan harga jualan bagi model hot hatch pesaing kepada Honda Civic Type R, iaitu Toyota GR Corolla 2023.

Untuk pasaran Amerika Syarikat, harga jualan GR Corolla versi asas (Core) bermula dari $35,900 (RM161,550) tidak termasuk yuran destinasi sebanyak $1,095.
 

GR Corolla


Ia hadir dengan enjin tiga silinder sebaris G16E-GTS 1.6 liter turbo yang telah ditala semula untuk menghamburkan kuasa setinggi 300 hp dan 372 Nm, dan ditawarkan dengan beberapa pakej termasuklah Performance berharga $1,180 (RM5,310) yang menambah LSD Torsen depan dan belakang, rotor brek berliang dan berlubang 14 inci, angkup brek empat omboh merah di depan dan angkup dua omboh di belakang.

Baca: Toyota GR Corolla 2023

Terdapat juga pakej Technology berharga $770 (RM3,465) yang menambah slot pengecasan nirwayar, sistem bunyi JBL, dan navigasi terbina, manakala pakej Cold Weather ($500/RM2,250) menambah ciri pemanas pada roda stereng dan tempat duduk.
 

GR Corolla


Versi GR Corolla Circuit Edition pula dijual pada harga $42,900 (RM193,050) yang hanya akan dijual sebagai model tahun 2023 sahaja, dan dilengkapi dengan pelbagai ciri standard seperti bumbung gentian karbon, hud enjin berventilasi, tempat duduk sport balutan kulit palsu, tombol gear balutan kulit dan spoiler belakang.

Untuk mereka yang mahukan GR Corolla yang lebih hardcore, terdapat versi MORIZO Edition dengan harga jualan bermula $49,900 (RM224,550).
 

GR Corolla


Versi yang lebih mesra digunakan di dalam litar ini didatangkan dengan talaan enjin yang lebih berkuasa dengan daya kilas 400 Nm, ditambah pula dengan penggunaan tayar Michelin Cup 2, serta diet berat badan.

Baca: Toyota GR Corolla MORIZO Edition 2023

Berita Berkenaan

Berita Global
Toyota Corolla WRC itu menggantikan peranan yang ditinggalkan oleh Toyota Celica Turbo ST205 dan…
Berita Global
Namun, 'tradisi' itu berjaya dipecahkan kembali dengan kehadiran model-model kereta sports seperti…
Berita Global
Kedengaran pening bukan? Tidak semua GR Yaris akan mendapat nadi 1.6 liter yang telah ditala…