Toyota UK ucap selamat jalan kepada GT86 dengan video drift

oleh Mohamad Hanif|
Setelah kira-kira sembilan tahun berada di pasaran, dan hampir 7,500 unit telah pun menemui pemilik masing-masing, Toyota berjaya meletakkan titik noktah kepada generasi GT86 di UK dengan unit terakhir telah pun dijual baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai meraikan kejayaan tersebut, Toyota UK telah menerbitkan sebuah video ringkas yang penuh dengan aksi drift sebagai tanda selamat jalan kepada jentera sport pacuan roda belakang itu.

Direka untuk menjadi sebuah kereta yang ringkas dan menyeronokkan, kereta hasil daripada kerjasama Toyota dan Subaru itu muncul pada Tokyo Motor Show 2011 dengan nama yang merujuk kepada jentera 2000GT dan AE86, GT86.

 


Toyota GT86 didatangkan dengan enjin boxer empat silinder 2.0 liter aspirasi natural yang menghasilkan 200 kuasa kuda, dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan atau automatik enam nisbah kelajuan.

Generasi kedua Subaru BRZ sudah pun dilancarkan secara rasmi pada bulan November yang lalu, dan giliran pengganti Toyota GT86 dijangka menyusul dalam masa terdekat.

Beberapa laporan terdahulu turut mencadangkan generasi kedua kereta sports Toyota ini bakal memakai nama rasmi GR 86, menjadikan ia sebahagian daripada keluarga GR selepas GR Supra dan GR Yaris.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara kebetulan, francais filem aksi terkenal Fast & Furious baru-baru ini turut sama…
Berita Global
Pengumuman ini turut menandakan pengakhiran produksi buat Toyota GT86 yang dipasang di kilang…
Berita Global
Subaru pula nampaknya mengikuti jejak langkah yang serupa untuk model BRZ dengan melancarkan versi…