Menurut laporan Automotive News, keputusan itu dibuat melihatkan kepada masalah kekurangan komponen dan bahan penting yang diperlukan untuk pemasangan kenderaan, selain situasi semasa berikutan serangan Rusia ke atas Ukraine beberapa bulan yang lalu.
Toyota dalam satu kenyataan Jumaat lalu menjelaskan mereka sudah bersedia untuk memulakan semula produksi yang tertangguh kira-kira enam bulan yang lalu "sekiranya keadaan membenarkan".
Namun sehingga kini, tiada sebarang petanda yang membolehkan syarikat itu memulakan semula produksi kenderaan dalam masa terdekat.

Kilang Toyota di St. Petersburg mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 100,000 unit setiap tahun, di mana ia digunakan untuk memasang sedan Camry dan SUV RAV4 untuk pasaran Rusia, sebelum dieksport ke negara Belarus, Kazakhstan dan Armenia.
Pengeluar itu menjelaskan pihaknya akan mengekalkan organisasi tersusun di Rusia bagi menawarkan perkhidmatan selepas jualan kepada pelanggan-pelanggan Toyota dan Lexus sedia ada di negara tersebut.
Toyota pada ketika ini mempunyai 2,350 orang pekerja, di mana 1,900 daripadanya bekerja di kilang St Petersburg dan kira-kira 450 orang lagi ditugaskan di Moscow bagi memantau operasi pemasaran, jualan dan kewangan.
Sumber: Automotive News Europe