
Keputusan itu dilihat tepat kerana Toyota sudah bertahun menguasai pasaran kenderaan di sana dengan pikap Hilux menjadi pilihan utama.
Selain itu, Ram dan General Motors (GMSV) sudah pun bertapak dengan pikap pemanduan kanan dan Ford telah mengesahkan penawaran F-150 di Australia.
Projek Tundra RHD dibuat dengan kerjasama Walkinshaw Automotive Group.
Selepas program pembangunan dalaman, ujian prototaip di jalan raya awam akan bermula pada September 2022.

Pada suku keempat 2023, sebanyak 300 unit akan diuji di sekitar Australia dan sebahagian daripada peringkat akhir program kejuruteraan pemanduan kanan.
Kenderaan tersebut bukan untuk dijual tetapi sebagai pemerhatian di bawah kegunaan sebenar di Australia.
Suatu yang menarik apabila komponen yang digunakan seperti turus dan rak stereng, pendikit, pedal brek dan tuil gear diambil dari pelantar LandCruiser 300.

Toyota juga memaklumkan Tundra LHD akan menggunakan enjin 3.5 liter V6 turbo berkembar petrol hibrid i-FORCE MAX.
Di Amerika Syarikat, pakej enjin hibrid itu berkuasa 437 hp dan daya kilas 790 Nm.
Tentang penjualan, belum lagi dimaklumkan kecuali selepas disahkan oleh proses pemeriksaan global Toyota.
Selepas berjaya adakah Tundra bakal memasuki negara lain atau sebagai contoh pasaran tempatan?
Penulis: Muhammad Md Tajudin
