Toyota Tundra Platinum untuk Australia, 3.5L V6 i-FORCE MAX, RM484 ribu!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Tundra Platinum
Toyota Tundra Platinum
Sejak 2022 Careta melaporkan mengenai perkembangan pikap besar Toyota Tundra yang diubah suai kepada pemanduan kanan.

Tundra pemanduan kanan untuk pasaran Australia sudah pun mula dijual dan kini ada varian baharu yang lebih mewah.

Toyota Tundra Platinum dipertingkatkan daripada varian Tundra Limited yang ditawarkan kepada pelanggan.

Tundra Platinum hadir dengan jeriji hadapan bersadur krom. Jeriji Tundra sudah pun mendominasi dan kini lebih menyerlah.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025
Toyota Tundra Platinum

 

Lagi ciri-ciri khas seperti kemasan sisi pintu krom, pemegang pintu belakang dan bingkai tingkap berwarna hitam serta rim aloi hitam bersaiz 20 inci.

Selain itu, kedua-dua varian Limited dan Platinum kini dilengkapi pintu belakang berkuasa bagi memudahkan proses memuat dan memunggah kargo.

Pada bahagian dalam, kerusi penumpang hadapan mempunyai pelarasan kuasa 10-hala, manakala kedua-dua kerusi depan dilengkapi larasan belakang badan (lumbar) empat hala.

Kerusi hadapan juga dilengkapi fungsi urutan, sementara kerusi belakang kanan dan kiri menerima ciri pemanas dan pengudaraan.

 

Toyota Tundra Platinum

 

Fungsi pemanas turut disediakan pada stereng dan pelarasan kuasa jenis memori untuk kecondongan dan teleskopik.

Ciri tambahan lain termasuk papar pandu berwarna bersaiz 10.9 inci, pengelap cermin automatik dan lampu LED.

Bahagian dalam dengan balutan kulit hitam dan riasan biru dilengkapi bumbung panoramik, hendal pintu krom berkilat, kemasan filem, lencana Platinum dan lampu suasana.

Semua varian Tundra ditawarkan paparan meter digital bersaiz 12.3 inci dan sistem multimedia dengan skrin bersaiz 14 inci.

 

Toyota Tundra Platinum

 

Sistem maklumat hibur boleh disambungkan dengan Apple CarPlay® tanpa wayar dan Android Auto™ berwayar dan turut dilengkapi sistem audio premium JBL 12 pembesar suara.

Tundra Platinum dikuasakan enjin hibrid 3.5 liter V6 turbo berkembar i-FORCE MAX yang menjana 389 ps dan 649Nm.

Motor elektrik memiliki kuasa 36kW (48 ps) dan 250Nm menjadikan jumlah output gabungan sebanyak 438 ps dan 790Nm.

Motor elektrik ditempatkan di antara enjin dan transmisi automatik 10-kelajuan.

 

Toyota Tundra Platinum

 

Sistem hibrid selari membolehkan pemanduan menggunakan motor elektrik pada kelajuan rendah.

Ia juga memberikan bantuan kuasa kepada enjin, menyokong fungsi henti-mula dan membolehkan penjanaan semula tenaga ketika membrek.

Dalam mod pacuan dua roda, kuasa disalurkan ke roda belakang, manakala sistem pacuan empat roda boleh dipilih bersama gear julat rendah untuk permukaan kurang cengkaman.

Tundra menawarkan kapasiti tunda maksimum sehingga 4,500 kilogram (brek) dengan dua mod bagi menyesuaikan prestasi rangkaian kuasa untuk kestabilan dan kawalan optimum.

 

Toyota Tundra Platinum

 

Tundra Platinum ditawarkan dalam enam warna metalik iaitu Eclipse Black, Graphite, Silver Storm, Jungle Khaki, Saturn Blue dan Feverish Red, serta warna mutiara kristal Frosted White.

Di Australia, Tundra Limited ditawarkan pada harga AUD155,990 (RM436,841) dan AUD172,990 (RM484,449) untuk varian teratas Tundra Platinum.

Penulis: Muhammad Md Tajudin