Toyota Tundra pemanduan kanan lulus untuk Australia, guna perkakasan Land Cruiser

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Tundra Limited RHD 2025 Australia
Toyota Tundra Limited RHD 2025 Australia
Pada 2022 Careta melaporkan mengenai projek penukaran Tundra pemanduan kiri ke sebelah kanan untuk pasaran Australia.

Projek tersebut sudah pun siap dan menerima kelulusan akhir dari Toyota Motor Corporation Jepun.

Bila ditawarkan? Secara rasminya pada November 2024 dan pengguna di Australia dapat merasai sendiri pikap saiz penuh Toyota.

Bukan sahaja merasa tetapi menikmati hasil kerja syarikat tempatan iaitu Walkinshaw Automotive Group dan dikeluarkan di kilangnya di Melbourne.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02
 Toyota Tundra Limited RHD 2025

 

Ini adalah kali pertama di dunia Toyota bekerjasama dengan syarikat pihak ketiga untuk projek sebegini.

Bukan setahun dua tetapi memakan masa pembangunan selama enam tahun bagi memastikan Tundra pemanduan kanan memenuhi piawaian Toyota.

Menurut Naib Presiden Jualan, Pemasaran dan Operasi Francais Toyota Australia, Sean Hanley projek ini bukan sekadar penukaran dari kiri ke kanan.

Para jurutera Toyota bekerjasama rapat dengan Walkinshaw dan menggunakan banyak peralatan dan perkakasan dari model lain termasuk Land Cruiser 300 Series.

 

Toyota Tundra Limited RHD 2025

 

Kedua-duanya dibangunkan dari pelantar TNGA-F.

Untuk makluman, Hilux lama memegang takhta kenderaan terlaris di Australia dan canggung sekiranya Tundra pemanduan kanan tidak dipasarkan.

Canggung kerana rakan-rakan pikap saiz penuh lain seperti Ford F-150, Ram 1500 dan Chevrolet Silverado 1500 stereng kanan ditawarkan di Australia.

Buat permulaan, Tundra ditawarkan dalam varian Limited sebelum versi premium menyusul pada suku kedua 2025.

 

Toyota Tundra 1794 Limited Edition
Toyota Tundra 1794 Limited Edition - stereng kiri

 

Menggerakkan Tundra ialah enjin hibrid i-Force Max 3.5 liter V6 turbo berkembar yang menghasilkan 437 kuasa kuda (hp) dan tork 790Nm.

Enjin dipadankan kotak gear automatik sepuluh kelajuan dan sistem pacuan 4WD separuh masa. 

Kelengkapan asas terdiri daripada lampu LED, rim aloi 20 inci, kerusi depan dengan larasan berkuasa, pemanas dan pengudaraan, skrin tengah 14 inci dan skrin meter 12.3 inci.

Turut dilengkapi 12 pembesar suara JBL, kawalan suhu dua zon dan pengawal brek treler.

 

Toyota Tundra Limited RHD 2025

 

Varian premium berbeza pada jeriji, rim aloi hitam, bumbung panoramik dan penambahan fungsi urut pada kerusi depan.

Lagi kelengkapan seperti stereng dengan pemanas, turus roda kemudi larasan berkuasa dan papar pandu 10.9 inci.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada masa tersebut, Toyota masih belum dapat mencari cara untuk menyelesaikan masalah yang dialami…
Berita Global
Pakej TRD Performance itu mampu menaikkan output kuasa asal enjin i-FORCE 389 hp kepada 421 hp @ 5,…
Berita Global
  Terbaru di Texas, Toyota memperkenal Tundra 1794 Special Edition Premium yang dibuat sebanyak 1…