Toyota Tundra Capstone, pikap mewah buat pelanggan di Amerika Syarikat

oleh Muhammad Md Tajudin|
Toyota Tundra Capstone 2022
Toyota Tundra Capstone 2022
Saiz pasaran pikap di Amerika Syarikat (AS) memang besar dengan Siri F dari Ford paling digemari dan bertahun lamanya mendominasi pasaran.

Toyota pula mempunyai Tundra dan bersaing dalam segmen pikap saiz penuh seperti Ford F-150, Chevrolet Silverado dan RAM 1500.

Tundra mula dikeluarkan pada tahun 1999 dan model generasi ketiga diperkenalkan pada tahun 2021 dengan reka bentuk segar dan agresif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Toyota Tundra Capstone 2022

 

Seperkara lagi yang menarik, Tundra ditawarkan dengan nadi kuasa hibrid 3.5L V6 turbo berkembar i-FORCE MAX.

Sama seperti kereta sedan atau SUV, penawaran pikap pada hari ini sudah pelbagai dari model asas untuk kerja sehingga kepada varian mewah.

Sebagai contoh, Tundra bermula dari varian SR sehingga Capstone yang dilengkapi pelbagai ciri premium.

Luar mewah, dalam pun sama hebat

 

Toyota Tundra Capstone 2022

 

Tundra Capstone dibezakan secara estetik dengan corak gril berwarna krom dan kemasan itu diteruskan pada cermin sisi dan tulisan TUNDRA di pintu kargo.

Paling jelas boleh dilihat adalah roda 22 inci warna krom yang didatangkan sebagai kelengkapan standard.

Memasuki ke dalam, pemandu dan penumpang disediakan pemijak sisi yang beroperasi secara automatik.

Duduk di dalam, kerusi Tundra Capstone dibalut dengan kulit jenis semi-aniline untuk perlindungan lebih tahan lasak.

Bukan setakat itu, stereng juga dibalut kulit dan mempunyai fungsi pemanasan.

 

Toyota Tundra Capstone 2022

 

Satu lagi ciri istimewa adalah kombinasi warna hitam dan putih khusus untuk Tundra Capstone sahaja.

Pada papan pemuka pula ada logo Captsone yang menyala apabila pintu dibuka.

Menerangi kabin dengan cahaya ciptaan tuhan adalah bumbung panoramik yang didatangkan secara standard.

Selain kelengkapan premium, suasana dalaman Tundra Capstone lebih senyap dengan penggunaan kaca akustik pada pintu depan dan ciri eksklusif untuk varian ini.

 

Toyota Tundra Capstone 2022

 

Memudahkan pemandu, Toyota melengkapi varian ini dengan skrin digital pelbagai maklumat saiz 12.3 inci dan Head-Up Display berukuran 10 inci.

Selain dua paparan tersebut, ada lagi yang dilengkapi iaitu skrin sentuh saiz 14 inci pada papan pemuka yang mengawal kesemua sistem Toyota Audio Multimedia.

Roda 22 inci, enjin V6 turbo dan sistem hibrid

 

Toyota Tundra Capstone 2022

 

Seperti yang diberitahu di awal artikel Tundra Capstone menggunakan roda 22 inci.

Tiada masalah dengan roda besar kerana Tundra Capstone digerakkan enjin 3.7L  i-FORCE MAX berkuasa 437 hp pada 5,200 rpm dan tork 790 Nm pada 2,400 rpm.

Enjin itu dipadan bersama transmisi sepuluh kelajuan automatik. Dari segi keupayaan, Tundra Capstone mampu menunda sehingga 4690 kilogram.

Semasa menunda treler dan sebagainya, sistem hibrid membekalkan lebih kuasa dan daya kilas.

 

Toyota Tundra Capstone 2022

 

Membantu pemanduan, Tundra Capstone dilengkapi fungsi Drive Mode Select yang terdiri daripada Eco, Normal dan Sport.

Turut dilengkapi mod TOW/HAUL dengan sistem i-FORCE MAX beroperasi secara bersama bagi memberikan kuasa dan daya kilas untuk kerja tunda.

Pembeli yang menaik taraf pembelian boleh menggunakan mod SPORT atau SPORT+ dan dapat menikmati kuasa segera daripada motor elektrik.

Selain itu, motor elektrik berfungsi secara aktif pada kelajuan rendah dan bertukar kepada enjin biasa apabila kelajuan melebihi 29 km/j.

Sistem keselamatan

 

Toyota Tundra Capstone 2022

 

Dari segi keselamatan Tundra Capstone dilengkapi lapan beg udara dan teknologi Toyota Safety Sense 2.5 dengan ciri berikut:

  • Sistem Pra Pelanggaran dengan Pengesan Pejalan Kaki.
  • Dynamic Radar Cruise Control (DRCC), Bantuan Pengesanan Laluan, dan Amaran Penukaran Laluan dengan Bantuan Stereng.
  • Lampu Puncak Automatik, Bantuan Isyarat Jalan.

Lain-lain ciri adalah seperti Pengawasan Titik Buta, Peringatan Lintasan Trafik Belakang dan Peringatan Kerusi Belakang supaya waspada jika ada individu tertinggal di kerusi belakang.

Warna dan berapa harga?

 

Toyota Tundra Capstone 2022

 

Ada enam warna Tundra Capstone ditawarkan iaitu Wind Chill Pearl, Magnetic Gray Metallic, Celestial Silver Metallic, Midnight Black Metallic, Supersonic Red dan Blueprint.

Berkenaan harga, Toyota belum mendedahkan lagi pikap premium ini dan sebagai rujukan varian pertengahan Tundra 1974 Edition dijual pada USD 57,690 (RM241,115).

Tundra Capstone adalah varian paling premium selepas Tundra TRD Pro.

Penulis: Muhammad Md Tajudin